Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Kanlaon di Filipina meletus semula
  • GLOBAL

Gunung berapi Kanlaon di Filipina meletus semula

Utusan Sarawak 13 hours ago
FOTO fail

MANILA: Letusan ‘bertenaga sederhana’ selama lima minit tercetus di kawah puncak Gunung Berapi Kanlaon pada 2.55 pagi Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), letusan menghasilkan kepulan abu tebal setinggi tiga kilometer dari kawah.

Hujan abu nipis dilaporkan meliputi beberapa kawasan di Negros Occidental, iaitu: La Carlota City – Barangay (kampung) Cubay, San Miguel, Yubo dan Ara-al; Bago City – Barangay Ilijan dan Binubuhan; serta La Castellana – Barangay Biak-na-Bato, Sag-ang dan Mansalanao.

Bunyi gemuruh letusan turut didengar di Barangay Pula, Canlaon City, Negros Oriental dan La Castellana, Negros Occidental.

Aliran piroklastik bercahaya (PDC) menuruni cerun selatan sejauh dua kilometer dari kawah. PDC ialah fenomena gunung berapi berbahaya yang dicirikan oleh aliran gas panas dan serpihan gunung berapi yang bergerak pantas dan merayap di permukaan bumi.

“Serpihan balistik bersaiz besar turut dilihat terpelanting di sekitar kawah dalam lingkungan beberapa ratus meter dan menyebabkan kebakaran pada tumbuh-tumbuhan berhampiran puncak gunung berapi,” menurut Phivolcs.

Gunung berapi Kanlaon masih berada pada Tahap Amaran 3 (ketidakstabilan magmatik), yang menandakan berlaku gangguan magmatik dengan kemungkinan letusan sederhana jangka pendek yang boleh menghasilkan ancaman berbahaya kepada nyawa.

Phivolcs mengesyorkan agar komuniti dalam radius enam kilometer dari kawah puncak terus dikosongkan kerana bahaya PDC, peluru balistik, hujan abu, runtuhan batu dan ancaman berkaitan lain.

Penduduk yang terkesan dengan hujan abu dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan menggunakan pelitup muka atau kain basah bagi mengelakkan penyedutan abu, terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit pernafasan atau jantung, wanita hamil dan bayi.

“Pihak berkuasa tempatan perlu terus bersiap sedia untuk pemindahan jika tahap gangguan meningkat dan risiko letusan besar yang berbahaya menjadi lebih hampir,” menurut Phivolcs.

Pihak berkuasa turut menasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan terdapat lahar seiring letusan serta aliran lumpur yang membawa sedimen di saluran air yang mengalir dari gunung jika hujan lebat berlaku semasa tempoh letusan.

Penerbangan turut diingatkan agar mengelakkan laluan berhampiran puncak gunung berapi kerana abu daripada letusan mengejut boleh membahayakan pesawat.– Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Kekurangan akses makanan punca lebih ramai maut- WHO
Next: Israel bunuh wartawan Palestin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.