KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) masih mempertimbangkan arahan larangan rentas daerah berikutan kes Covid-19 semakin meningkat.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Kuching adalah pusat kepada pentadbiran negeri, komersial dan juga pusat perniagaan.
“Kami harus mengambil banyak maklum balas daripada sektor awam dan sektor ekonomi serta berbincang dengan Ketua Menteri.
“Jika kami menghentikan perjalanan antara pegawai ia boleh mendatangkan banyak masalah,” katanya menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media di sini semalam.
Uggah mendedahkan arahan berkenaan harus diwartakan oleh kerajaan persekutuan.
“Tetapi pada masa ini, kami masih merasakan bahawa situasi itu tidak memerlukan strategi tersebut.
“Pada masa yang sama, kami menasihatkan rakyat di Kuching untuk berusaha mengurangkan atau mengelakkan mengunjungi saudara anda di kawasan hijau kerana kita tidak tahu apa yang boleh berlaku,” tegasnya.
Oleh Diyana Samsuddin