Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Turkiye terajui diplomasi kemanan global
  • GLOBAL

Turkiye terajui diplomasi kemanan global

Utusan Sarawak 1 day ago
PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

Turkiye terajui diplomasi kemanan global

ISTANBUL: Turkiye kini semakin diiktiraf sebagai pemain global utama dalam diplomasi keamanan, bantuan kemanusiaan dan usaha pengantaraan, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Isnin, sambil merujuk kepada peningkatan kredibiliti antarabangsa negara itu di tengah konflik yang berterusan di seluruh dunia.

Berucap selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Ankara, Erdogan berkata beliau telah mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada awal hari itu, susulan perbincangan minggu lalu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai usaha menamatkan perang di Ukraine, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami menyokong komitmen Presiden Trump untuk menyelesaikan konflik melalui dialog dan diplomasi.

“Syukur kepada Tuhan, Turkiye kini menjadi negara yang dicari dalam urusan bantuan, pengantaraan dan usaha keamanan,” katanya.

Beliau menambah, dunia sedang melalui saat-saat paling getir dan tidak menentu dalam sejarah terkini, dengan konflik, ketegangan dan ketidakstabilan berlaku hampir setiap hari.

“Sistem dunia yang dibina selepas Perang Dunia Kedua kini berada di penghujung usia. Penggantinya masih belum jelas. Kemanusiaan sedang dihanyutkan dalam pusaran ketidakpastian,” kata Erdogan.

Namun begitu, katanya, Turkiye kekal sebagai antara negara yang berjaya mengharungi “iklim huru-hara” ini berkat kekuatan dalaman, keupayaan pengurusan krisis dan reputasi antarabangsa yang semakin meningkat.

Erdogan turut memaklumkan bahawa beliau telah berbual melalui telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Rusia Vladimir Putin hujung minggu lalu, sebagai sebahagian usaha diplomasi berterusan oleh Turkiye.

Mengimbas kembali kejayaan Turkiye yang hampir tercapai pada Mac 2022 bagi menamatkan perang Rusia-Ukraine, Erdogan menyalahkan “pengejar keuntungan perang” kerana menggagalkan usaha damai, yang akhirnya memberi kesan buruk kepada orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak.

“Sebagai satu-satunya negara yang dipercayai semua pihak, Turkiye bersedia menyokong rundingan damai yang dijadual berlangsung di Istanbul pada Khamis,” katanya sambil menyatakan harapan agar momentum yang diperbaharui itu tidak disia-siakan.

Menyentuh isu lain di rantau ini, Erdogan mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata antara Pakistan dan India, dan menggesa kedua-dua pihak mengekalkan ketenangan.

Beliau berharap gencatan senjata itu akan membuka laluan bagi menyelesaikan isu-isu dua hala lain, termasuk pertikaian air yang telah lama berlarutan, sambil menegaskan komitmen Turkiye untuk terus menyokong Pakistan dalam apa jua keadaan.

Katanya, Turkiye menolak pendekatan menang-kalah dalam dasar luar dan akan terus mengamalkan pendekatan inklusif serta penyelesaian menang-menang menerusi diplomasi dan kerjasama.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Nissan bakal hentikan 20,000 pekerja di seluruh dunia, timbang tutup kilang di Jepun
Next: Kekurangan akses makanan punca lebih ramai maut- WHO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.