Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pakan lokasi kedua siri Jelajah Agrofest Sarawak, platform perkongsian ilmu, teknologi pertanian
  • TEMPATAN

Pakan lokasi kedua siri Jelajah Agrofest Sarawak, platform perkongsian ilmu, teknologi pertanian

Utusan Sarawak 2 days ago
UCAPAN….Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat berucap pada majlis penangguhan Pakan Agrofest 2025 di Stadium Pakan, hari ini.

PAKAN: Pakan merupakan lokasi kedua yang terpilih dalam siri Jelajah Agrofest anjuran oleh Jabatan Pertanian Sarawak di peringkat bahagian. 

Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat berkata, acara kemuncak bagi siri ini adalah Sarawak Agrofest 2025 yang secara tentatif dijadualkan pada 23 sehingga 31 Ogos 2025 di Bahagian Bintulu.

“Objektif Pakan Agrofest 2025 ini adalah untuk menyediakan platform bagi perkongsian maklumat serta pameran produk dan teknologi terkini dalam sektor pertanian khususnya kepada komuniti serta penduduk setempat. 

“Antara agensi-agensi yang telah terlibat dalam pengisian program ini ialah Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) dan beberapa syarikat swasta lain yang telah giat aktif dalam sektor pertanian. 

“Secara keseluruhan, terdapat 24 gerai pameran telah dibuka bagi menawarkan perkhidmatan serta mempromosi teknologi terkini dalam sektor pertanian,” katanya ketika berucap di majlis penangguhan Pakan Agrofest 2025, bertempat di Stadium Pakan, hari ini.

Tambahnya, Pakan juga amat sinonim dengan hasil lada yang berkualiti tinggi.

“Pada 2024, eksport lada bagi produk lada di bawah rekod Permohonan Sijil Phyto adalah sebanyak 1,988.33 metrik tan dengan jumlah nilai eksport RM49,400,287.27. 

“Jumlah eksport bagi 2025 sehingga bulan April pula adalah sebanyak 361.46 metrik tan dengan jumlah nilai eksport RM13,049,512.50,” katanya. 

Katanya, pengeksport utama produk lada adalah Jepun, Vietnam, Amerika Syarikat, Filipina serta wilayah dalam negara seperti Sabah dan Semenanjung Malaysia.

“Saya menggalakkan agar penanam-penanam lada di Pakan untuk memohon Pensijilan MyGAP agar produk ini boleh dieksport dan dipercayai kualitinya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, Jabatan Pertanian Sarawak telah melancarkan sistem e-Tani yang bertujuan untuk mendigitalkan proses penyampaian perkhidmatan secara atas talian. 

“Melalui sistem ini, para petani boleh mendaftar dan memohon bantuan bagi program-program pembangunan pertanian yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak.

“Oleh itu, saya ingin berpesan agar semua petani mendaftarkan diri di dalam sistem tersebut,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peranan PIBG penting tingkatkan mutu pendidikan
Next: Hargai pengorbanan ibu selagi masih ada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.