Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kenal pasti corak kehidupan, penuhi keperluan rakyat
  • TEMPATAN

Kenal pasti corak kehidupan, penuhi keperluan rakyat

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menghadiri majlis Para Gawai 2025 anjuran PBB Cawangan Kakus di Bintulu, malam tadi. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kajian mikro terhadap corak kehidupan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus perlu dilaksanakan bagi memastikan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) lebih tepat dan berkesan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha tersebut penting bagi mengenal pasti keperluan sebenar masyarakat termasuk dari aspek sosial, ekonomi dan pendidikan.

“Saya minta rakan-rakan kita di Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kakus memahami corak masyarakat kita di Kakus. Bukan sahaja PBB, tetapi juga rakan-rakan dalam GPS.

“Kita tidak tahu coraknya, apa keperluan mereka atau sekiranya sesuatu perkara itu boleh dibantu oleh kerajaan GPS.

“Kita bukan hanya minta untuk buat analisis atau mikro tren, tapi kalau dapat, buat kajian kecil-kecilan dalam setiap kawasan seperti yang kami lakukan di Betong dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Para Gawai 2025 anjuran PBB Cawangan Kakus di sini, malam tadi.

LEBIH 1,400 hadirin membanjiri majlis Para Gawai 2025 anjuran PBB Cawangan Kakus di Bintulu, malam tadi. Foto: Carolyne Utih

Katanya, hasil kajian mikro itu membolehkan kerajaan mengenal pasti kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan seperti petani, pelajar serta golongan berpendapatan rendah dan seterusnya merangka program yang lebih menyeluruh serta berimpak tinggi.

Dalam perkembangan lain, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan memaklumkan kementeriannya sedang menyediakan kertas kabinet untuk mencadangkan supaya status jalan kampung di kawasan Kakus diubah kepada jalan negeri.

Katanya, langkah itu bertujuan membolehkan peruntukan penyelenggaraan jalan ditambah baik dan kerja pembaikan dapat dilakukan dengan lebih sistematik.

“Sekarang ini, jalan kampung diuruskan di bawah selian JKR dan kita mahu ubah statusnya kepada jalan negeri.

“Kalau jalan kampung, kos penyelenggaraan hanya sekitar RM1,000 setiap kilometer. Tapi kalau jalan negeri, ia boleh mencecah RM3,000 satu kilometer.

“Maksudnya ada bajet penyelenggaraan dan kita boleh lantik satu atau dua syarikat khas yang sentiasa bersedia membaiki jalan jika berlaku kerosakan,” jelasnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gawai perkasa warisan, adat resam komuniti Iban
Next: Batu Kitang Youth Charity Day, vegetarian food distribution

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.