Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rangka Tindakan Kelestarian Sarawak akan didedahkan pada ACC 2025
  • SEMASA

Rangka Tindakan Kelestarian Sarawak akan didedahkan pada ACC 2025

Utusan Sarawak 23 hours ago
PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. -Foto Bernama

KUCHING: Rangka Tindakan Kelestarian Sarawak, rangka kerja yang komprehensif yang menggariskan keutamaan strategik untuk membimbing negeri itu ke arah masa depan karbon rendah, akan menjadi salah satu sorotan di Persidangan Karbon Asia (ACC 2025) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) menjelang 29 hingga 30 Mei.

Place Borneo Sdn Bhd, penganjur ACC 2025 melalui satu kenyataan berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan persidangan itu dan melancarkan pelan tindakan yang akan menjadi komitmen negeri bagi pembangunan ekonomi yang mampan serta alam sekitar.

“ACC 2025 akan mengumpulkan lebih daripada 400 pakar, pembuat dasar, pemimpin perniagaan dan inovator di bawah tema Mewujudkan Pasaran ASEAN Bersepadu untuk Karbon,” katanya.

Antara sesi yang dijangkakan ialah panel yang bertajuk ‘Bagaimana Perniagaan Menangani Peningkatan Pelepasan? Adakah Akan Ada Pembeli Bahari Kredit karbon di Asia?.’ yang akan meneroka bagaimana perniagaan swasta boleh bertindak balas terhadap peraturan kelestarian global, kemudahan relatif perolehan kredit karbon untuk firma swasta selain perbandingan antara harga kredit karbon awam dan swasta.

Persidangan tersebut menampilkan barisan penceramah yang terkemuka seperti Perunding Kanan untuk Perubahan Iklim (COP, IPCC, JCM) di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Norihiro Kimura, Wakil Serantau APAC di Verra Win Sim Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Redex Jen Wee Kang dan Perunding Kanan JET Ariana Cohen.

“ACC 2025 akan menjadi acara terpenting bagi pembangunan pasaran karbon di Asia, yang menawarkan sesi pemikiran, rangkaian yang berkesan dan platform untuk membentuk matlamat kelestarian serantau,” katanya,

Maklumat terperinci mengenai persidangan itu boleh didapati pada www.argusmedia.com/asia-carbon-conference.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gegaran akibat gempa bumi di Indonesia turut dirasai penduduk Pulau Pinang
Next: Hari Wesak angkat nilai kasih sayang, keinsafan diri – Aaron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.