Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Hari Wesak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Hari Wesak

Utusan Sarawak 1 day ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

KUCHING: Hari Wesak bukan sahaja perayaan penting untuk memperingati kelahiran, pencerahan, dan kewafatan Siddhartha Gautama, Buddha tetapi turut untuk merenungi nilai-nilai murni dan perpaduan di Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sambutan ini mengajak kita semua untuk merenung nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kesederhanaan, toleransi, dan belas kasihan terhadap sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya amat berbangga dengan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama yang terus subur di bumi Sarawak.

“Marilah kita terus memelihara keharmonian ini sebagai asas kepada kemajuan dan kestabilan negeri yang kita cintai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena Perayaan Hari Wesak, hari ini.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi berharap sambutan Hari Wesak ini disambut dengan penuh makna dalam suasana aman dan saling hormat-menghormati.

“Saya dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ingin mengucapkan selamat Hari Wesak kepada seluruh komuniti beragama Buddha di Sarawak dan di seluruh negara,” ujarnya. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera
Next: Gegaran akibat gempa bumi di Indonesia turut dirasai penduduk Pulau Pinang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.