Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teratak Kasih bakal dibuka di Bintulu, Kota Kinabalu perkukuh sokongan HIV
  • TEMPATAN

Teratak Kasih bakal dibuka di Bintulu, Kota Kinabalu perkukuh sokongan HIV

Utusan Sarawak 1 day ago
DATIN Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan Dr. Ruziana bercakap ketika ditemui media pada majlis Rumah Terbuka MAF Sarawak di Kuching.

KUCHING: Yayasan AIDS Malaysia bakal memperluas kemudahan Teratak Kasih ke Bintulu dan Kota Kinabalu bagi memperkukuh akses rawatan serta sokongan kepada komuniti HIV di kawasan luar bandar.

Menurut Penaung Yayasan AIDS Malaysia Sarawak, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu, penubuhan Teratak Kasih di Bintulu dijangka direalisasikan pada tahun ini, manakala cawangan di Kota Kinabalu masih dalam perancangan.

“Insya-Allah, kami merancang untuk membuka dua lagi Teratak Kasih, sama ada pada tahun ini atau tahun hadapan dan pelaksanaan di Bintulu telah disahkan untuk dilaksanakan tahun ini.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan Yayasan AIDS Malaysia, komuniti tempatan, Jabatan Kesihatan, NGO, dan semua pihak berkepentingan untuk merealisasikan penubuhan cawangan baharu ini.

“Kami juga sedang berusaha mengenal pasti sumber dana tambahan agar perluasan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat maksimum kepada komuniti yang memerlukan,” katanya ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka MAF Sarawak di Kuching.

“Kita tidak mahu stigma terus menghantui pesakit HIV kerana mereka juga mempunyai keluarga, harapan dan kehidupan yang perlu diteruskan seperti orang lain.

“Dengan adanya rawatan moden dan sokongan yang berterusan, mereka sebenarnya mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

“Saya ingin menyeru semua pihak untuk terus memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan agar kita dapat bersama-sama mengubah pandangan masyarakat terhadap pesakit HIV dan memberi mereka ruang untuk berkembang,” jelasnya.

Dr. Ruziana dari MAF Sarawak pula menjelaskan bahawa Teratak Kasih ditubuhkan bukan sekadar sebagai rumah transit tetapi telah berkembang menjadi pusat sokongan menyeluruh untuk pesakit HIV.

Beliau memaklumkan, rumah itu kini menyediakan bantuan subsidi tambang melalui Sarawak Health Access Programme, selain khidmat kaunseling dan bimbingan kepada penerima bantuan.

“Ramai pesakit tidak mampu hadir ke klinik setiap kali temujanji kerana kos perjalanan terlalu tinggi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal jauh dari hospital.

“Setakat ini, lebih 200 orang telah menerima manfaat di Kuching dan 180 lagi di Miri. Jumlah ini dijangka meningkat dengan pembukaan cawangan baharu di Bintulu,” ujarnya.

Tambah beliau, lebih 90 peratus pesakit yang dibantu kini telah mencapai status ‘undetectable’, iaitu virus tidak lagi dapat dikesan dalam darah dan tidak boleh menjangkiti orang lain.

Operasi Teratak Kasih disokong oleh pelbagai pihak, antaranya Yayasan Sunway sebagai penyumbang utama, serta Majlis Islam Sarawak melalui sumbangan zakat yang disalurkan kepada pesakit beragama Islam.

Perluasan ini dijangka memberi nafas baharu kepada pesakit HIV di wilayah tengah dan utara Borneo, yang selama ini berdepan cabaran logistik, kekangan kewangan, dan stigma sosial.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hari Ibu di Saint Michael and All Angels Chapel, Kampung Entingan
Next: Gawai perkasa warisan, adat resam komuniti Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.