Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India, Pakistan saling tuduh langgar gencatan senjata
  • GLOBAL

India, Pakistan saling tuduh langgar gencatan senjata

Utusan Sarawak 1 day ago

Rakyat Pakistan sambut gembira selepas gencatan senjata antara Pakistan dan India, di Hyderabad, wilayah Sindh, Pakistan. – Foto AFP

ISLAMABAD: India dan Pakistan saling menuduh mengenai pelanggaran gencatan senjata awal pagi Ahad, hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkannya.

Kedua-dua negara jiran berkuasa nuklear itu telah mengelak daripada tercetusnya perang besar-besaran, namun masing-masing terus melaporkan mengenai serangan di kawasan sempadan.

Setiausaha Luar India berkata, negaranya bertindak balas selepas Pakistan ‘berulang kali melanggar’ perjanjian gencatan senjata.

Sementara itu, Pakistan pula menyatakan bahawa pihaknya ‘komited’ kepada perjanjian dan angkatan bersenjatanya menangani pelanggaran oleh India dengan ‘bertanggungjawab dan berhemah’.

Petugas AFP di Srinagar, di wilayah Kashmir yang ditadbir India, melaporkan bunyi letupan kuat kedengaran.

Seorang pegawai kanan di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan memberitahu AFP bahawa ‘tembakan bertalu-talu masih berterusan’ di sepanjang sempadan de facto kawasan itu, Garisan Kawalan (LoC).

Maklumat lanjut belum diperoleh, dan dakwaan daripada kedua-dua pihak tidak dapat disahkan secara bebas.

Pada Sabtu, Pakistan dan India bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya serta-merta selepas beberapa hari serangan maut menggunakan jet pejuang, peluru berpandu, dron dan artileri.

Pertempuran itu mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang serta menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri dari kawasan sempadan dan Kashmir yang terbahagi.

Berita gencatan senjata itu diumumkan secara mengejut oleh Trump.

“Selepas rundingan panjang dengan AS selaku pengantara, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa India dan Pakistan telah bersetuju untuk melaksanakan GENCATAN SENJATA SEPENUHNYA DAN SERTA-MERTA. 

“Tahniah kepada kedua-dua negara kerana menggunakan Kebijaksanaan dan Kecerdikan,” kata Trump dalam satu hantaran media sosial.

Setiausaha Luar India, Vikram Misri, berkata kedua-dua pihak akan ‘menghentikan semua tembakan dan tindakan ketenteraan di darat, udara dan laut’ berkuat kuasa jam 5.00 petang (1130 GMT).

Namun, beliau kemudiannya menuduh Pakistan melakukan ‘pelanggaran berulang’ dan berkata angkatan tentera India ‘memberi tindak balas yang sewajarnya dan setimpal’.

Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan menyatakan bahawa negara itu ‘tetap komited untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan penuh integriti’.

“Walaupun terdapat pelanggaran oleh India di beberapa kawasan, pasukan kami menangani keadaan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah,” katanya.

Pengumuman gencatan senjata itu disambut lega oleh beberapa negara termasuk Britain dan Iran, serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

China, yang berjiran dengan India dan Pakistan, menerusi agensi berita Xinhua yang dikendalikan kerajaan, berkata Beijing ‘bersedia untuk terus memainkan peranan konstruktif’ dan kekal prihatin terhadap sebarang ketegangan yang memuncak. – AFP

Continue Reading

Previous: Pakistan buka semula ruang udara kepada semua penerbangan
Next: Presiden Rusia, Palestin bincang krisis Gaza yang semakin kritikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.