Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tangani segera isu penipuan dalam talian, vandalisme, judi online
  • TEMPATAN

Tangani segera isu penipuan dalam talian, vandalisme, judi online

Utusan Sarawak 1 day ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Abdullah Saidol, Gideon Jute, Ali Suhaili bergambar bersama yang lain pada majlis Pelancaran Muzik Video ‘Ari-Ari Gawai’ terbitan Kupikupi FM Sarawak di TEGAS Digital Village semalam. Foto UKAS

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menegaskan tiga isu utama yang memerlukan perhatian serta tindakan segera, iaitu penipuan dalam talian (scam), vandalisme terhadap infrastruktur awam, dan kegiatan perjudian dalam talian.

“Orang ramai perlu sentiasa diingatkan agar berwaspada terhadap panggilan telefon atau mesej mencurigakan kerana ramai telah menjadi mangsa penipuan sehingga kehilangan wang simpanan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Muzik Video ‘Ari-Ari Gawai’ terbitan Kupikupi FM Sarawak di TEGAS Digital Village di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa kes vandalisme, khususnya kecurian kabel komunikasi, bukan sahaja menjejaskan sistem telekomunikasi, malah mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit serta mengganggu perkhidmatan kepada orang awam.

“Selain itu, kegiatan perjudian dalam talian juga semakin membimbangkan. Kini terdapat ‘kasino maya’ yang mudah diakses dan mendorong penglibatan dalam aktiviti haram ini.

“Mungkin anda boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa kerana mereka mempunyai data dan maklumat yang boleh membantu membanteras kegiatan ini,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyatakan komitmen penuh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk bekerjasama rapat dengan stesen radio dalam usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Tambah beliau, UKAS bersedia menyediakan data dan bahan maklumat yang relevan melalui jaringan pegawai UKAS yang ditempatkan di setiap daerah dan bahagian di seluruh Sarawak.

Beliau menyarankan stesen radio tempatan memainkan peranan lebih proaktif sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, khususnya dalam menyampaikan mesej kesedaran berhubung isu-isu kritikal yang memberi kesan langsung kepada masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar.

katanya, radio kekal sebagai medium komunikasi yang paling dekat dengan masyarakat luar bandar dan memiliki potensi besar untuk menjadi saluran penyebaran maklumat yang berkesan.

“Penyampai radio atau DJ perlu memanfaatkan kepercayaan dan pengaruh mereka dalam kalangan pendengar untuk menyampaikan mesej-mesej penting secara konsisten, dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai muzik video ‘Ari-Ari Gawai’, beliau berkata, karya tersebut bukan sahaja mengetengahkan elemen tradisional seperti tarian dan busana masyarakat Dayak, malah turut disuntik dengan elemen muzik moden bagi menarik minat generasi muda.

Beliau menggesa agar golongan seniman dan penggiat seni terus memainkan peranan yang signifikan dalam menyampaikan mesej bermakna melalui karya seni yang kreatif.

Turut hadir Pengurus Kupikupi FM Sarawak, Gideon Jute; Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili; Penyanyi lagu ‘Ari-Ari Gawai’ Rowena Jala dan Hairee Francis serta warga kerja KupiKupifm.

– UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Derma Darah tingkat kesedaran masyarakat
Next: Hari Ibu di Saint Michael and All Angels Chapel, Kampung Entingan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.