Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti Iban didorong kekalkan permainan tradisional untuk generasi muda
  • Tengah
  • WILAYAH

Komuniti Iban didorong kekalkan permainan tradisional untuk generasi muda

Utusan Sarawak 10 hours ago
TERIMA KASIH… Chambai Lindong (dua kanan) sambil disaksikan oleh Anyie Angking (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada juri pertandingan ‘Betabuh’ dan Ngajat anjuran SDNU Sibu, malam tadi.

SIBU: Komuniti Iban di sini diseru untuk memupuk minat terhadap permainan tradisional mereka bagi memastikan warisan budaya ini terus hidup dan tidak dilupakan oleh generasi muda.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Chambai Lindong, berkata hanya memiliki darah Iban atau mencatat bangsa Iban pada kad pengenalan tidak mencukupi untuk menjadi seorang Iban yang sebenar.

“Darah Iban sahaja tidak cukup atau hanya tertera di kad pengenalan, kita mesti mewarisi permainan tradisional seperti ‘Betabuh’, Ngajat, Kuntau dan sebagainya, kerana ini melambangkan identiti sebenar Iban yang sempurna,” katanya ketika berucap menyempurnakan Pertandingan ‘Betabuh’ dan Tarian Ngajat Antara Unit SDNU Cawangan Sibu dan Kawasan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Sibu 2025 sempena Bazar Gawai Dayak di Medan Selera Taman Tasik Permai, malam tadi.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Biro Kebudayaan SDNU Sibu yang diketuai oleh Anyie Angking.

Menurut Chambai, SDNU Sibu bersedia untuk menyediakan kelas-kelas kebudayaan Iban kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari budaya mereka di Rumah SDNU Sibu, Jalan Bougenvilla.

“Tempat kelas kita sudah ada, lengkap dengan penghawa dingin, jadi tidak perlu belajar di bawah panas terik. Kami bersedia menjadi tenaga pengajar untuk apa jua kebudayaan tradisional kita, dan mereka yang berminat boleh menghubungi kami,” ujarnya.

Beliau turut mencabar ahli exco SDNU Sibu melalui biro kebudayaannya untuk menganjurkan pertandingan Ngajat dan ‘Betabuh’ antara sekolah pada tahun hadapan bagi menggalakkan generasi muda menguasai permainan tradisional masyarakat Iban.

“Saya cabar ahli exco untuk menganjurkan pertandingan Ngajat dan ‘Betabuh’ antara sekolah di sini. Platform ini penting untuk menarik minat generasi muda yang perlu mewarisi permainan tradisional ini,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Sait Enggang serta dua ahli MPS, Kaunselor Augustine Merikan dan Kaunselor Sammy Ngelambai.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 ibu di DUN Pelawan terima hadiah sempena Hari Ibu
Next: BDDA lulus RM38 juta bina jalan Senyawan ke Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.