Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak tingkat persediaan hadapi status negeri tua menjelang 2028
  • SEMASA

Sarawak tingkat persediaan hadapi status negeri tua menjelang 2028

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menghadiri lawatan ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, di sini, baru-baru ini. Foto UKAS

MELAKA: Sarawak terus memacu usaha memperkukuh infrastruktur sosial dan kesihatan dalam menghadapi cabaran status negeri tua menjelang 2028.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, model pusat rehabilitasi seperti yang diguna pakai oleh Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak menawarkan inspirasi dalam mewujudkan ekosistem pemulihan menyeluruh yang merangkumi rawatan perubatan, sokongan psikososial, latihan vokasional dan pemulihan semula ke dalam masyarakat.

Menurut beliau, pendekatan ini amat relevan dan boleh dijadikan rujukan dalam memperkukuh dasar serta program sosial di Sarawak, khususnya untuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan rentan.

“Dalam konteks ini, pendekatan yang diguna pakai oleh Pusat Rehabilitasi PERKESO amat bertepatan kerana keupayaan institusi ini dalam mengintegrasikan elemen perubatan dan latihan pemulihan dalam satu pusat boleh dijadikan rujukan oleh Sarawak dalam membangunkan model pemulihan komuniti yang mesra warga emas.

“Kami juga ingin melihat bagaimana perkhidmatan pemulihan yang bersifat ‘person-centered’ dan berasaskan bukti (evidence-based) boleh diadaptasi ke dalam dasar dan amalan sosial di Sarawak.

“Malah, pendekatan ini menjadi semakin penting apabila mengambil kira realiti demografik yang sedang dan bakal dihadapi oleh Sarawak berkaitan isu penuaan penduduk,” katanya semasa berucap sempena lawatan ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, di sini, baru-baru ini.

Mengambil kira unjuran bahawa Sarawak akan mencapai status negeri tua menjelang 2028 lebih awal daripada Malaysia yang dijangka mencapai status negara tua pada 2030, Kerajaan Sarawak turut memperhebat pelbagai langkah proaktif dengan pelaksanaan inisiatif utama seperti penganjuran ‘Sarawak International Conference on Ageing’ (SICA) 2025 yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober 2025 di Kuching.

Langkah-langkah ini menandakan komitmen serius kerajaan Sarawak untuk memastikan tiada golongan warga emas yang tercicir dalam arus pembangunan menjelang era penuaan populasi yang semakin hampir. – EDISI UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemilik EV digesa patuh spesifikasi ePlate – Lee
Next: Doa, ilmu iringi perjalanan jemaah Bintulu ke Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.