Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bill Gates umum dermakan hampir keseluruhan kekayaan untuk kebajikan
  • GLOBAL

Bill Gates umum dermakan hampir keseluruhan kekayaan untuk kebajikan

Utusan Sarawak 1 day ago
BILL Gates. Foto AFP

ISTANBUL: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, pada Khamis mengumumkan beliau akan mendermakan ‘hampir keseluruhan’ kekayaannya yang dianggarkan berjumlah AS$200 bilion dalam tempoh dua dekad akan datang, dengan rancangan untuk menutup secara kekal Yayasan Bill & Melinda Gates menjelang akhir 2045, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gates menggariskan garis masa baharu untuk pelan filantropinya dalam satu catatan blog, menandakan perubahan ketara daripada piagam asal yayasan itu yang merancang untuk ditutup beberapa dekad selepas kematiannya.

“Dalam 25 tahun pertama Yayasan Gates – yang turut dikuasakan oleh kemurahan hati Warren Buffett – kami telah menyumbangkan lebih AS$100 bilion. Dalam dua dekad akan datang, kami akan menggandakan jumlah pemberian ini,” tulis Gates, yang mempunyai nilai kekayaan bersih sebanyak AS$113 bilion menurut Forbes.

Dermawan berusia 69 tahun itu menyatakan bahawa pembiayaan masa depan yayasan akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama: menghapuskan kematian ibu dan anak yang boleh dicegah, membasmi penyakit berjangkit yang membawa maut, serta membantu ratusan juta orang keluar daripada kemiskinan.

Gates turut menggalakkan golongan kaya untuk mempercepatkan sumbangan kebajikan mereka, sambil menyifatkannya sebagai “cara yang amat berkesan untuk memberi kembali kepada masyarakat.”

“Pengumuman hari ini hampir pasti menandakan permulaan bab terakhir dalam kerjaya saya, dan saya reda,” katanya, sambil meluahkan harapan untuk “masa depan yang membolehkan setiap orang, di mana jua, berpeluang menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.” – Bernama-Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 6 maut nahas helikopter di Uttarakhand, India
Next: Asap putih muncul di Vatican, tanda Paus baharu dipilih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.