Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rancang bina tujuh lagi OSEIC menjelang 2030
  • TEMPATAN

Sarawak rancang bina tujuh lagi OSEIC menjelang 2030

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN… Datuk Rosey Yunus ketika mengadakan lawatan ke OSEIC Miri di bangunan kedai di Pusat Komersial Tudan hari ini.

MIRI: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan tujuh lagi Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 merangkumi kawasan Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Bintulu, Kapit, Limbang dan Lawas.

Dengan penambahan ini, serta tiga OSEIC sedia ada di Kuching, Dalat dan Miri, jumlah keseluruhan pusat tersebut dijangka meningkat kepada 10 buah menjelang 2030.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata OSEIC Sarawak merupakan pusat sehenti pertama di negeri ini yang menawarkan perkhidmatan diagnosis, intervensi dan rehabilitasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya yang berumur antara 0 hingga 6 tahun.

Katanya, satu Sesi Libat Urus bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tudan telah diadakan sempena perancangan penubuhan OSEIC Sarawak Cawangan Miri hari ini.

“Sesi ini memaklumkan tentang penubuhan OSEIC Sarawak Cawangan Miri di kawasan Tudan sebagai pusat rujukan diagnosis dan intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Bahagian Miri dan sekitarnya.

“Sesi kita telah memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh OSEIC Sarawak, termasuk penilaian awal, terapi intervensi, khidmat sokongan kepada ibu bapa dan program rujukan ke institusi pendidikan arus perdana.

“Mendengar pandangan komuniti berkaitan isu keselamatan dan sekuriti pusat OSEIC ini, serta mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan persekitaran yang kondusif dan selamat bagi kanak-kanak, kakitangan dan pengunjung pusat.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke pusat tersebut hari ini.

Tambahnya, pembangunan awal kanak-kanak di Sarawak memberi fokus kepada tiga teras utama, iaitu akses, ekuiti, dan kualiti.

“Pendekatan ini menekankan bahawa setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang atau keperluan khas, berhak mendapat peluang yang adil untuk berkembang secara menyeluruh.

“Bagi memastikan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat intervensi awal yang bersesuaian, kerajaan Sarawak telah mengambil langkah proaktif menubuhkan OSEIC Sarawak sebagai pusat diagnosis dan intervensi awal.

“Objektif utama penubuhan ini ialah untuk menyediakan asas kukuh agar kanak-kanak ini mampu mencapai potensi optimum dan seterusnya bersedia menyertai sistem persekolahan arus perdana bersama rakan sebaya mereka,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya, proses pengubahsuaian bangunan bagi penubuhan OSEIC Miri kini dalam peringkat akhir perancangan.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sedang memuktamadkan pelan lukisan dan dijangka kerja pengubahsuaian akan bermula pada suku tahun keempat tahun 2025, dengan tempoh pelaksanaan dijangka antara 4 hingga 6 bulan.

“Lebih penting, penubuhan OSEIC Miri bukan sahaja akan membawa perkhidmatan diagnosis dan intervensi awal lebih dekat kepada komuniti di sekitar Kampung Tudan dan kawasan berhampiran, tetapi juga membuka peluang kepada ibu bapa, pendidik dan masyarakat untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan anak-anak istimewa ini,” jelasnya lagi.

Turut hadir Pengurus Besar OSEIC Sarawak, Dato Dr. Saadiah dan Ketua Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak, Salina Bujang serta agensi kerajaan.
Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Launch of SBST Kuching route 5, Saujana to Bako
Next: OSEIC Sarawak: Lebih 670 kanak-kanak telah didaftarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.