Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nelayan cedera akibat tersepit kabel takal
  • KEMALANGAN

Nelayan cedera akibat tersepit kabel takal

Utusan Sarawak 1 day ago
MANGSA dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

TANJUNG MANIS: Seorang nelayan mengalami kecederaan parah di tangan kanan selepas tersepit pada kabel takal ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan berhampiran perairan Pulau Bruit malam tadi.

Mangsa, Mohd Rafi Abdullah, 26, berasal dari Bintangor, dipercayai cedera ketika mengendalikan peralatan takal semasa proses mengangkat papan tunda sekitar 8.30 malam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Juing berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada tekong bot nelayan terbabit pada 9.45 malam sebelum mengatur gerak bot PETIR 82 ke lokasi kejadian.

“Pasukan menyelamat berjaya memindahkan mangsa dari bot ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis sekitar 1.05 pagi sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan pantas semua pihak berjaya memastikan mangsa menerima rawatan segera dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa menjalankan aktiviti di laut.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat wanita, cucu lelaki ditemui di rumah kebun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.