Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat setia
  • HIBURAN

Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat setia

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Susulan sambutan luar biasa peminat terhadap Konsert GenKRU, pihak penganjur Icon Entertainment mengumumkan penambahan satu lagi malam persembahan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 11 Mei ini.

Icon Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil selepas tiket bagi tiga malam pertama iaitu pada 3, 4 dan 10 Mei telah habis dijual dalam tempoh tidak sampai satu jam selepas dibuka kepada umum.

Pemilihan tarikh 11 Mei dilihat bertepatan dengan cuti umum Hari Wesak pada 12 Mei, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menghadiri konsert itu.

“Kami juga mendapat banyak pemintaan daripada peminat yang mahu menonton lagi (repeat) kerana tidak puas dengan momen tempoh hari,” kata Datuk Norman Abdul Halim dalam kenyataan itu.

Tiket bagi Konsert GenKRU hari keempat akan mula dijual hari ini, bermula 1 tengah hari menerusi laman web https://www.ticket2u.com.my/kruDay4.v– Bernama

Continue Reading

Previous: Tarikan ‘Abang Live Host’, curi tumpuan netizen
Next: Tom Cruise di Seoul: Mission: Impossible – The Final Reckoning, kemuncak 30 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.