Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India serang kompleks kesihatan, pendidikan Pakistan
  • GLOBAL

India serang kompleks kesihatan, pendidikan Pakistan

Utusan Sarawak 1 day ago
SEORANG penduduk berjalan di hadapan bangunan yang rosak di kompleks Kesihatan dan Pendidikan Kerajaan di Muridke kira-kira 30 kilometer dari Lahore, pada 7 Mei 2025, selepas serangan India. Angka kematian akibat serangan India ke Pakistan meningkat kepada lapan, kata jurucakap tentera negara itu pada 7 Mei, ketika India melepaskan peluru berpandu ke wilayah Pakistan dan Islamabad berikrar untuk “menyelesaikan skor”. FOTO AFP

ISLAMABAD: Empat serangan peluru berpandu India merobohkan sebuah masjid serta bangunan pentadbiran kerajaan dan menimbus tiga individu di kawasan itu.

Serangan pada tengah malam itu susulan kematian pelancong India di Kashmir yang ditadbir India bulan lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Tambahan Sheikhupura, Usman Jalees berkata, menerusi papan tanda di lokasi kejadian ia dikenali sebagai kompleks kesihatan dan pendidikan kerajaan Pakistan.

“Malam tadi, sekitar tengah malam, dua peluru berpandu ditembak dari India di premis kami dan dua lagi serangan berlaku selepas enam minit serangan tersebut.

“Secara keseluruhan empat serangan berlaku dalam masa kurang dari sepuluh minit. Jadi empat bangunan telah dirobohkan, satu adalah blok pentadbiran, masjid serta tambahan dua kediaman,” katanya.

Sementara itu Jurucakap Tentera Pakistan Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry berkata, serangan berkenaan turut menyasarkan masjid di negara itu.

“”Serangan pada malam tadi menyaksikan India menyerang sebuah masjid di Pakistan. Ia merosakkan struktur masjid berkenaan yang menjadi lokasi untuk solat dan menyimpan Al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun serangan pada Rabu itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan lain kerana lokasi serangan dikaitkan dengan kumpulan Lashkar-e-Taiba (LeT).

Delhi dan Washington menyalahkan LeT atas serangan 2008 ke atas bandar Mumbai di India yang mengorbankan lebih 160 orang. Namun LeT telah menafikan bertanggungjawab untuk serangan itu.

Kebiasaanya lokasi berkenaan menempatkan sehingga 3,500 kakitangan dan pelajar namun hampir semua individu telah dipindahkan.

Perkara itu susulan kebimbangan serangan dari India yang akan menyasarkan lokasi tersebut.

Continue Reading

Previous: Trump umumkan perjanjian perdagangan utama hari ini
Next: Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak dekat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.