Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM52.76 juta diperuntuk naik taraf paip lama di Bahagian Betong
  • Tengah
  • WILAYAH

RM52.76 juta diperuntuk naik taraf paip lama di Bahagian Betong

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Julaihi Narawi semasa melakukan lawatan rasmi beliau ke Loji Rawatan Air Bahagian Betong di Kabong, hari ini. Foto: Uban Dana

SARATOK: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM52.76 juta bagi menaik taraf serta menggantikan paip lama dan uzur di seluruh Bahagian Betong sepanjang 88.11 Kilometer (KM).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata di bawah Projek Bekalan Air Daerah Kabong juga terdapat 12 projek dengan nilai keseluruhan RM107.5 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. 

“Dalam masa sama, projek pembinaan tangki aras tinggi di Balai Ruai Saratok dengan kos sebanyak RM13 juta kini juga telah siap sebanyak 30.42 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan,” katanya semasa melakukan lawatan rasmi beliau ke Loji Rawatan Air Bahagian Betong di Kabong dekat sini hari ini.

Julaihi berkata masalah bekalan air terawat yang kerap menghantui penduduk di Daerah Kabong dan kawasan sekitarnya dijangka selesai menjelang tahun depan.

Beliau berkata ia adalah berdasarkan prestasi semasa dan perkembangan positif projek pembinaan sistem kritikal di Loji Rawatan Air Lichok yang kini sedang mendahului daripada jadual asal sebanyak 10 peratus pelaksanaannya.

“Dengan sistem kritikal yang akan siap pada bulan Oktober ini, kita akan mempunyai tambahan bekalan air terawat sebanyak 10 Juta Liter Sehari (MLD) di Loji Rawatan Air Lichok.

“Dengan itu, masalah air yang kerap berlaku di Kabong dan kawasan sekitarnya kita jangka dapat selesai sekurang-kurangnya tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Projek Pembinaan Sistem Kritikal di Loji Rawatan Air Lichok yang dijadual siap pada Oktober tahun ini telah mencapai 42 peratus, iaitu 10 peratus mendahului jadual pelaksanaannya.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menerusi kenyataannya hari ini berkata, projek yang bermula pada Februari 2025 dengan kos keseluruhan sebanyak RM28.8 juta itu bakal memberi manfaat kepada 6,700 rumah panjang melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 10 MLD serta pemasangan saluran paip sepanjang lima kilometer dari Loji Rawatan Lichok ke Tangki Air Bukit Lebur.

Dengan siapnya projek itu ia akan menambah baik sistem bekalan air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, Kalaka dan Krian yang berdepan dengan peningkatan permintaan air terawat.

Tambah kenyataan itu, kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bersama JBALB komited untuk memastikan sistem bekalan air di kawasan DUN Kabong, Kalaka dan Krian.

Keprihatinan ini telah dizahirkan melalui pelaksanaan projek pembinaan Sistem Kritikal di Loji Rawatan Air Lichok dan Projek Bekalan Air Daerah Kabong pakej satu yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak bernilai RM107.5 juta. 

Turut hadir ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik dan Pengarah JBALB Sarawak, Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sharing Cafe cipta rekod MBR, jual 489,086 set Chicken Chop dalam setahun
Next: Jeti belian Jalan Sawmill bakal dinaik taraf untuk manfaat komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.