Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak terus perkukuh usaha tuntut autonomi pendidikan
  • PENDIDIKAN

Sarawak terus perkukuh usaha tuntut autonomi pendidikan

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee (tengah) bergambar bersama wakil dari 19 industri dan 22 institusi dibawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman dan Surat Hasrat Kerjasama antara Kolej Universiti i-CATS dengan industri dan institusi TVET di Kolej Universiti i-CATS hari ini. Foto: Bernama

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh usaha menuntut autonomi pendidikan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang kini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak I (Pendidikan dan Inovasi) Datuk Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata perkara itu diperincikan dalam Perenggan 17, Bab 2 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), yang menyatakan bahawa semua dasar pendidikan di Sarawak mesti dirangka dengan rundingan bersama kerajaan negeri, meskipun pelaksanaannya diuruskan oleh pegawai persekutuan.

“Walaupun Pengarah Pendidikan Negeri adalah pegawai Persekutuan, namun semua dasar tetap perlu dirundingkan dengan kerajaan negeri. Ini jelas dinyatakan dalam laporan IGC dan kini telah menjadi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti i-Cats dan Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sini, hari ini.

Menurutnya, Sarawak telah mengemukakan 15 perkara utama dalam rundingan berkaitan penambahan kuasa autonomi negeri, yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan menunjukkan perkembangan positif. 

“Antara perkara paling penting ialah penggunaan bahasa Inggeris di sekolah dan kuasa Pengarah Pendidikan Negeri untuk meluluskan projek pembangunan.

“Sebelum ini, walaupun projek Transformasi Luar Bandar (RTP) menggunakan dana sendiri, kami tetap perlu mendapatkan kelulusan dari Kuala Lumpur. Kini, Pengarah Negeri boleh meluluskannya,” katanya.

Dr Annuar turut memaklumkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan semakin baik, termasuk kebenaran kepada Sarawak untuk melaksanakan peperiksaan Tahun Enam sendiri selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Ini menunjukkan wujud kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kalau tiada kerjasama, mustahil kita dibenarkan laksana peperiksaan sendiri,” katanya.

– Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: i-CATS perkukuh pendidikan teknikal Sarawak, jalin kerjasama dengan 41 rakan industri, institusi TVET
Next: Hala tuju baharu pendidikan negara perlu pendekatan berani, menyeluruh – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.