Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • AI perkukuh etika dan kecekapan media bahasa Cina
  • TEKNOLOGI

AI perkukuh etika dan kecekapan media bahasa Cina

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kursus kewartawanan bukan sahaja berupaya meningkatkan mutu kerja, malah dapat memperkukuh amalan kewartawanan beretika, khususnya dalam kalangan pengamal media berbahasa Cina, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata kursus seumpama itu turut menyediakan platform penting untuk memastikan komuniti media Malaysia, terutamanya media berbahasa Cina, kekal relevan, tangkas dan kompetitif dalam landskap penyiaran moden yang semakin dinamik.

Teo berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutup Kursus AI untuk Media: Pelaporan dan Kandungan untuk Pengamal Media Bahasa Cina anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di sini.

“Kursus ini merupakan langkah penting dalam memperkasa pengamal media dengan ilmu serta kemahiran terkini dalam bidang AI,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sehingga 30 April lepas, IPPTAR telah menganjurkan 16 kursus melibatkan 742 peserta. Bagi tahun ini, IPPTAR menyasarkan pelaksanaan 80 kursus dengan penyertaan melebihi 1,500 peserta, termasuk 24 kursus berkaitan AI.

“Saya yakin, ilmu dan pendedahan yang diperoleh menerusi kursus ini akan memberi inspirasi kepada peserta untuk terus berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan menjadi ejen transformasi dalam organisasi masing-masing,” katanya.

– Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Platform Skype ditutup selepas 22 tahun
Next: Pengamal media perlu proaktif teroka kelebihan AI tingkat kreativiti, kualiti berita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.