Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hasil laut masih rendah, LKIM ajak nelayan Sarawak gandakan usaha
  • SEMASA

Hasil laut masih rendah, LKIM ajak nelayan Sarawak gandakan usaha

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGERUSI LKIM, Muhammad Faiz Fadzil turut serta dalam aktiviti jualan ikan sempena Program Jualan Ikan Murah Jimat@Madani di Pasar Nelayan ABF Kidurong, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Golongan nelayan di Sarawak disaran agar lebih proaktif dalam meningkatkan hasil tangkapan laut bagi menjamin bekalan ikan yang mencukupi serta membantu menstabilkan harga di pasaran tempatan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil, berkata berdasarkan rekod, hasil tangkapan laut di Sarawak hanya sekitar 33,000 hingga 37,000 metrik tan setahun.

Angka ini, katanya, jauh lebih rendah berbanding Perak yang mencatatkan lebih 200,000 metrik tan setahun.

“Ini jelas menunjukkan keperluan untuk memperhebat usaha meningkatkan hasil tangkapan demi memperkukuh sektor perikanan di negeri ini.

“Sarawak mempunyai kawasan perairan yang luas serta infrastruktur yang moden dan selesa seperti di Tanjung Bako dan Tanjung Manis.

“Kemudahan ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk merancakkan lagi aktiviti penangkapan ikan,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 18 Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK) di Sarawak perlu memainkan peranan lebih aktif, termasuk menggalakkan penyertaan lebih banyak vesel berskala besar di zon perairan yang lebih jauh dari pantai.

“Saya menggesa semua PNK di Sarawak untuk tampil lebih proaktif dalam memastikan peningkatan hasil tangkapan dan pengeluaran ikan.

“Ini boleh dicapai sekiranya lebih banyak vesel besar beroperasi di Zon C, sebagai satu bentuk transformasi daripada pengoperasian tradisional di Zon A dan B.

“Langkah ini memerlukan perubahan minda dan pendekatan yang lebih berdaya saing kerana sektor perikanan sebenarnya berpotensi besar menjana pendapatan lumayan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jualan Ikan Murah Jimat@Madani anjuran LKIM di Pasar Nelayan ABF Kidurong, di sini hari ini.

Program tersebut menawarkan potongan harga antara lima hingga 25 peratus bagi membolehkan orang ramai mendapatkan ikan segar pada harga yang lebih berpatutan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Menteri Komunikasi ASEAN mulakan mesyuarat di Brunei
Next: Kereta Api Haramain tawarkan hampir 2 juta tempat duduk untuk musim Haji 1446h

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.