Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Julia Dunstan Rectaker, peminat tegar novel semarakkan budaya membaca
  • INSPIRASI

Julia Dunstan Rectaker, peminat tegar novel semarakkan budaya membaca

Utusan Sarawak 2 days ago
MINAT… Julia Dunstan menyusun rapi koleksi  novel milik peribadinya. 

KOTA SAMARAHAN: Minat membaca tidak pernah luntur dalam diri Julia Dunstan Rectaker, seorang peminat tegar novel yang telah mula mengumpul koleksi buku sejak zaman persekolahan.

Menurut Julia, membaca novel telah menjadi sebahagian daripada rutin hariannya. Setiap kali muncul novel baharu yang menjadi tumpuan, beliau tidak pernah terlepas peluang untuk memilikinya.

“Hidup saya seolah-olah tidak lengkap tanpa membaca novel,” katanya ketika ditemui.

Bagi Julia, membaca bukan sekadar hobi, tetapi ruang untuk melarikan diri seketika daripada kesibukan dunia nyata.

“Ketika membaca, saya rasa seperti berada dalam dunia yang lebih tenang dan mendamaikan. Ia ibarat satu bentuk terapi yang menyegarkan fikiran,” tambahnya.

Selain memberi hiburan dan ketenangan, Julia percaya tabiat membaca turut membantu merangsang minda dan mengekalkan kecergasan mental.

ANTARA koleksi novel Julia Dunstan. 
 

Kini, beliau memiliki lebih 500 naskhah novel dalam koleksi peribadi, dengan jumlah pelaburan mencecah ribuan ringgit. Namun, nilai sentimental dan kepuasan yang dirasainya jauh lebih bermakna.

“Kini, bilik tidur saya sudah seperti perpustakaan mini,” ujarnya sambil tersenyum.

Julia juga berkongsi impiannya untuk membuka sebuah kafe berkonsepkan perpustakaan mini, di mana para pengunjung boleh membaca sambil menikmati hidangan dalam suasana santai.

“Kalau ada rezeki, saya ingin buka sebuah kafe untuk pencinta buku berkumpul, membaca dan bersantai bersama,” katanya penuh harapan.

Minat mendalam Julia terhadap dunia bacaan menjadi bukti bahawa budaya membaca masih subur dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang menghargai ilmu dan kuasa imaginasi.

Oleh Norman B.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Flora Jonathan jana keuntungan melalui kraftangan tradisional
Next: Saintis ABI hasil formula ‘patty’ burger cendawan tiram kelabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.