LAZIO akan berkunjung ke pendahulu Serie A Itali, Juventus pada Selasa depan nekad untuk mendapatkan kembali prestasi yang menyaksikan pasukan Romawi mengalahkan gergasi Turin itu dua kali awal musim ini dan mengekalkan harapan tipis mereka untuk Scudetto pertama dalam tempoh dua dekad.
Hanya satu mata memisahkan Juventus dengan Lazio apabila Serie A disambung semula pada 20 Jun berikutan ‘lockdown’ tiga bulan Covid-19.
Tetapi pasukan Simone Inzaghi telah tewas empat daripada tujuh perlawanan mereka sejak itu dan akan telah mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan yang menyaksikan mereka ketinggalan lapan lapan di belakang Juventus di tangga keempat.
Kemenangan akan membolehkan Lazio berada lima mata di bawah Juventus, tetapi kekalahan di Turin akan menyaksikan mereka ketinggalan sejauh 11 mata dengan baki empat perlawanan lagi musim ini.
Pasukan Juve, Maurizio Sarri masih dalam perjalanan untuk merangkul kejuaraan liga kesembilan berturut-turut walaupun baru-baru ini tersekat, duduk enam mata di depan Inter Milan yang berada di kedudukan kedua.
Atalanta berada di tempat ketiga, lebih jauh di belakang, dengan Lazio di tempat terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA, 12 mata di depan Roma di tempat kelima.
Lazio mengalahkan Juventus 3-1 dua kali pada Disember lalu dalam perlawanan Serie A di Rom dan final Piala Super Itali.
“Sebelum ‘lockdown’ kami telah tewas dua perlawanan dalam 10 bulan, tanpa pandemik, semuanya sudah pasti berbeza.
“Sayangnya kami membayar dengan banyak kecederaan. Sekarang mari kita berfikir untuk memulihkan tenaga dan pemain.
“Kami hampir kembali ke Liga Juara-Juara setelah 13 tahun dan setelah 20 tahun mencabar untuk kejuaraan,” kata Inzaghi.
Juventus, bagaimanapun, juga menunjukkan tanda keletihan dan tidak menang dalam tiga perlawanan, setelah melepaskan 11 gol dalam lima perlawanan terakhir mereka.
Sarri bingung dengan prestasi pasukannya dalam keputusan seri 3-3 yang mendebarkan dengan Sassuolo pada pertengahan minggu.
“Ada pasang surut, kami memiliki saat yang sangat baik dan lain daripada sifat pasif yang tidak dapat dijelaskan,” kata mantan pengurus Napoli dan Chelsea itu.
“Kami memerlukan sembilan mata lagi (untuk memenangi gelaran), tanpa melakukan pengiraan lain.”
Pasukan Gian Piero Gasperini, yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dalam musim pertama mereka, telah menunjukkan prestasi jaringan gol yang luar biasa dengan 19 dalam tujuh perlawanan liga dengan jumlah keseluruhan 93 musim ini.
Inter juga masih dalam perburuan tetapi menghadapi perjalanan sukar di Roma, yang berada kini mengharungi rentajk tiga kemenangan berturut-turut.
Napoli, di tempat keenam, menjadi tuan rumah kepada Udinese dengan pasukan AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, dengan sama mata dengan pasukan dari selatan Itakli itu, bermain di tempat sendiri menentang Bologna.
Sassuolo menjaringkan 21 gol sejak Serie A kembali, dan kini ketinggalan enam mata di belakang Milan di kedudukan kelapan sebelum perjalanan mereka ke Cagliari. – AFP