Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi termasuk dalam AI, automotif
  • NASIONAL

Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi termasuk dalam AI, automotif

Utusan Sarawak 2 weeks ago

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif terutamanya dalam ketidaktentuan global pada masa ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yoji Muto semalam, mereka telah bertukar pandangan mengenai cara terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dunia.

“Malaysia dan Jepun perlu bersatu untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkesan.

“Dengan berkongsi kepakaran dan sumber, kita boleh memacu pertumbuhan dan inovasi,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan situasi dunia yang kini berdepan dengan cabaran perdagangan global. — Bernama

Continue Reading

Previous: Presiden Maldives melawat Menara Berkembar Petronas
Next: Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM telah dikenal pasti – KSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.