REAL Madrid dinobatkan sebagai juara La Liga Sepanyol untuk kali ke-34 semalam setelah Karim Benzema menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Villarreal yang merangkul gelaran dengan baki satu perlawanan lagi.
Dua gol Benzema termasuk sepakan penalti dalam babak kedua di Stadium Alfredo di Stefano yang kosong ketika Madrid melonjak tujuh mata di hadapan untuk mengakhiri penguasaan dua tahun Barcelona.
Barca harus menang melawan Osasuna di kandang sendiri dan berharap Madrid tewas tetapi cabaran pudar mereka berakhir dengan kekalahan 2-1 di Camp Nou, walaupun dengan tendangan bebas menarik Lionel Messi.
Ini bermakna Madrid merebut gelaran Liga La ketiga mereka dalam dalam 12 tahun, setelah mempamerkan prestasi baik sejak bola sepak Sepanyol disambung semula pada 11 Jun berikutan wabak Covid-19.
Pasukan Zinedine Zidane telah memenangi 10 daripada 10 perlawanan sejak liga disambung semula.
Mereka hanya melepaskan empat gol dalam tempoh tersebut dan tidak pernah ketinggalan dalam satu perlawanan.
“Bagi saya ini adalah salah satu hari terbaik dalam karier profesional saya.
“Selepas ‘lockdown’ dan segalanya, itu mengejutkan,” kata Zidane.
Ditanya adakah kemenangan ini mengatasi gelaran Liga Juara-Juara UEFA pertama yang dimenangi bersama Madrid dalam musim pertamanya sebagai pengurus, Zidane berkata: “Ini lebih baik daripada segalanya.
“Ia memerlukan usaha yang luar biasa untuk memenangi La Liga.
“Selepas 38 perlawanan, anda mempunyai lebih banyak mata daripada yang lain. Memang hebat.”
Madrid juga telah diberikan lima sepakan penalti dalam dalam tempoh tersebut, beberapa diantaranya agak kontroversi, dan ini juga menimbulkan kekecohan ketika Sergio Ramos cuba melorongkan bola kepada Benzema, yang terus menyudahkannya, tetapi telah memasuki kawasan penalti terlalu awal.
Walaupun Villarreal membantah, Madrid diizinkan untuk mengambil semula sepakan penalti dan kali ini Benzema tidak melakukan sebarang kesilapan, sebelum Vicente Iborra menanduk masuk apa yang terbukti sebagai gol saguhati.
“Ini hadiah untuk segala kerja yang telah kami laksanakan, inilah hadiahnya.
“Kami mempunyai satu perlawanan lagi dan kami mahu menang 11 dari 11,” ujar Ramos. – AFP