Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Azalina, Ewon hadiri upacara pengebumian Paus Francis
  • UMUM

Azalina, Ewon hadiri upacara pengebumian Paus Francis

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Ewon bersama-sama dengan Cardinal Sebastian Francis disambut oleh Duta Malaysia di Vatican, Hendy Anak Assan.

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, bersama pemimpin dunia menghadiri upacara misa dan pengebumian Paus Francis di St Peter Square, Vatican City semalam.

Antara pemimpin dunia yang hadir Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky serta bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Upacara misa yang dihadiri ratusan ribu orang daripada pelbagai agama seluruh dunia itu dijalankan dalam bahasa Itali dan disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

“Pada Jumaat, saya bersama Duta Besar Malaysia ke Holy See Hendy Anak Assan memberikan penghormatan terakhir kepada Paus Francis di St Peter Basilica. Ini satu pengalaman yang amat menakjubkan bila berada di tempat ini, apatah lagi memberikan penghormatan terakhir kepada Paus Francis.

“Kelmarin (Sabtu) saya bersama-sama dengan Azalina dan semua pemimpin negara kuasa besar dunia telah mengikuti upacara misa dan pengebumian Paus Francis di Dataran St Peter,” kata Ewon dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ewon berkata mendiang Paus Francis telah meninggalkan banyak legasi khususnya wacana, pandangan dan pesanan beliau, terutama kepada penganut Katolik di seluruh dunia. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: MA63: Rundingan tuntutan 40% hasil Persekutuan dikutip dari Sabah, dijadual pada 30 Jun ini 
Next: Air terjun Lata Kinjang, nadi kehidupan orang asli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.