Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar rakam penghargaan pengorbanan warga TLDM
  • NASIONAL

PM Anwar rakam penghargaan pengorbanan warga TLDM

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas jasa dan pengorbanan tidak ternilai mereka dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Anwar berkata selama lebih sembilan dekad, TLDM telah menunjukkan komitmen, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.

“Kecekalan dan semangat juang anggota TLDM menjadi benteng utama dalam memastikan negara kita aman dan sejahtera.

“Saya mendoakan agar TLDM terus maju, diperkasakan dengan teknologi dan kepakaran semasa, serta terus menjadi angkatan laut yang disegani di rantau ini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini, sempena sambutan Hari TLDM ke-91, hari ini.

Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Dr Zulhelmy Ithnain sebelum ini memaklumkan sambutan Hari TLDM ke-91 di Pangkalan TLDM Lumut esok, akan diadakan secara sederhana.

Beliau berkata perkara itu bagi menghormati tragedi tahun lepas melibatkan dua helikopter milik TLDM bertembung ketika raptai persembahan mengakibatkan 10 warganya maut.

Tema sambutan Hari TLDM ke-91 tahun ini sama seperti tahun lepas iaitu “TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara”. — Bernama

Continue Reading

Previous: PM sumbang RM300,00 untuk alumni Maktab Mahmud
Next: Umat Islam diminta ‘tabayyun’ terhadap pakej haji tak munasabah – Na’im

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.