Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jemaah haji muat turun aplikasi MyBorderPass
  • SEMASA

Jemaah haji muat turun aplikasi MyBorderPass

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JEMAAH haji Malaysia diminta memuat turun aplikasi MyBorderPass dan membuat pendaftaran maklumat perjalanan bagi melancarkan penggunaan pintu automatik atau autogate kod respons pantas (QR).

PUTRAJAYA: Jemaah haji Malaysia diminta memuat turun aplikasi MyBorderPass dan membuat pendaftaran maklumat perjalanan bagi melancarkan penggunaan pintu automatik atau autogate kod respons pantas (QR), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

“KDN yakin pendekatan digital ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi imigresen malah menyumbang kepada pengalaman perjalanan yang lebih baik buat para jemaah haji Malaysia,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan buat pertama kali proses pelepasan imigresen bagi jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M melalui inisiatif ‘Makkah Route’ dipermudahkan dengan penggunaan autogate kod QR yang diintegrasikan melalui aplikasi MyBorderPass.

“Melalui sistem ini, jemaah tidak lagi perlu mengeluarkan buku pasport ketika melepasi pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan antara kelebihan menggunakan kod QR, jemaah dapat membuat semakan awal melalui aplikasi MyBorderPass status sekatan perjalanan mereka dan proses pelepasan imigresen lebih cepat hanya lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan kaedah autogate konvensional.

Selain itu, KDN memaklumkan sistem itu meningkatkan keselamatan dan kecekapan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini serta mengurangkan ketirisan.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi musim 1446H dijadualkan pada 29 April ini.

Sebanyak 632 petugas haji Tanah Suci digerakkan ke Arab Saudi secara berperingkat bermula semalam bagi membuat persiapan awal operasi musim haji.

Terdapat dua kumpulan petugas utama iaitu petugas rombongan kebajikan sebanyak 358 orang dan petugas rombongan perubatan sebanyak 274 orang. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPWKM, PDRM bekerjasama dapatkan maklumat kes rogol, sumbang mahram di Kelantan
Next: Kari ayam Malaysia dinobatkan stew terbaik dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.