Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 projek RTP bakal siap menjelang Hari Gawai
  • Tengah
  • WILAYAH

16 projek RTP bakal siap menjelang Hari Gawai

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TINJAU… Datuk Dr Annuar Rapa’ee meninjau projek RTP di Rumah Marai.

SIBU: Sebanyak 16 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024 di kawasan rumah panjang sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dijangka siap sepenuhnya menjelang sambutan Hari Gawai tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata projek bernilai RM2.85 juta itu melibatkan pelbagai kerja pembaikan dan penambahbaikan infrastruktur di rumah panjang terlibat.

“Projek ini meliputi baik pulih ruai, tanju, jalan, siling, tempat letak kereta, parit serta tandas awam.

“Walaupun projek ini sepatutnya disiapkan tahun lalu, kita pastikan semuanya siap sebelum Gawai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Rumah Justin di sini, hari ini.

DATUK Dr Annuar Rapa’ee meninjau projek di Rumah Justin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, Rumah Justin telah menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM600,000 sejak 2018 melibatkan kerja baik pulih ruai atas dan bawah, tanju serta pelbagai kemudahan asas lain.

“Terkini, sebanyak 12 pintu kediaman di aras bawah rumah panjang ini akan ditambah baik bagi meningkatkan keselesaan penduduk,” katanya.

Selain Rumah Justin, rumah panjang lain yang turut dilawati ialah Rumah Dick, Rumah Bungan, Rumah Marai, Rumah Miskin, Rumah Jok, Rumah Kawau dan Rumah Bongkong.

Mengulas pelaksanaan projek berdasarkan Bill of Quantities (BQ), beliau berkata pendekatan itu membolehkan anggaran kos diluluskan lebih awal sekali gus mengelakkan keperluan Notis Perubahan (NOC) yang sering melambatkan proses.

“Dulu kita bagi siling, tetapi kadang-kadang tidak mencukupi, jadi kita terpaksa keluarkan NOC dan ini sedikit sebanyak melambatkan pelaksanaan.

“Kini, apabila agensi pelaksana mencadangkan projek, mereka turut sediakan anggaran. Kita terus luluskan anggaran tersebut dan pelaksanaan dapat dipercepatkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Annuar berkata Rumah Bongkong — rumah panjang tertua di kawasan DUN Nangka — kini menjalani kerja baik pulih menyeluruh melibatkan dinding, tingkap, pintu, siling dan sistem pendawaian semula.

Projek berkenaan menelan kos keseluruhan sebanyak RM500,000 dan bertujuan memelihara identiti serta struktur asal rumah panjang tersebut yang mempunyai 19 pintu.

“Sebab itu saya mahu memeliharanya agar identiti dan struktur asal rumah panjang dapat dikekalkan,” katanya.

Tambah beliau, beberapa projek RTP bagi 2025 juga akan dilaksanakan dalam tahun ini, manakala perbincangan awal bersama tuai rumah telah dimulakan bagi perancangan projek RTP 2026.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak iktiraf pemilik tanah, perkukuh pembangunan luar bandar
Next: Kerajaan Sarawak ambil langkah selesaikan pertikaian pencerobohan tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.