Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Simunjan dekati, fahami isu rakyat
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Simunjan dekati, fahami isu rakyat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SUMBANGAN RAYA… Awla Dri menyampaikan sumbangan raya kepada penerima. Foto UKAS

SADONG JAYA: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kini bukanlah sekadar perayaan, tetapi medan terbaik bagi wakil rakyat mendekati rakyat, mendengar suara mereka serta memahami keperluan sebenar komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, kehadiran beliau bukan hanya untuk meraikan Syawal bersama penduduk, tetapi menjadi ruang istimewa untuk mendengar secara langsung keluhan masyarakat terutamanya mereka yang berada di luar bandar.

UCAPAN… Awla Dris menyampaikan ucapan. Foto UKAS

“Inilah peluang terbaik untuk saya berinteraksi secara terbuka bersama rakyat di mana melalui pertemuan seperti ini, saya dapat melihat sendiri keadaan di lapangan, berbual dengan penduduk, dan memahami keperluan mereka dengan lebih mendalam,” ujar beliau semasa berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Rangawan Tengah dan Kampung Rangkang di sini, pada Ahad.

Sambutan hangat penduduk, lengkap berpakaian tradisional, serta paluan kompang menyambut ketibaan wakil rakyat mereka, menggambarkan hubungan erat yang terjalin antara rakyat dan pemimpin.

Majlis ini juga memperlihatkan perpaduan luar biasa, dari persembahan budaya oleh belia tempatan, gotong-royong menyediakan juadah Aidilfitri, hingga sesi penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan.

Awla turut menegaskan bahawa pembangunan komuniti bukan hanya tentang infrastruktur, tetapi juga tentang empati, kepercayaan, dan kerjasama antara semua pihak.

“Kehadiran saya bukan bersifat simbolik semata-mata kerana ini adalah komitmen berterusan untuk turun padang dan memastikan suara rakyat benar-benar didengari dalam proses pembangunan,” tambah beliau lagi.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Sosial Kebajikan Kampung Rangawan Tengah, Abdul Ajit Ngilay; Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan, Jamil Semoni; Ketua Ranting PBB Kampung Rangawan Ulu, Mohamad Saleh Sawal; Ketua Ranting Pergerakan Wanita Kampung Rangawan Ulu, Siti Sakinah Sanawi; Pemanca Daerah Asajaya, Kemis Salleh; serta tetamu jemputan yang lain. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Kaul Oya platform perpaduan, lestari budaya generasi muda
Next: Perkukuh program komuniti, tingkatkan kesejahteraan penduduk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.