
SIBU: Mayat seorang lelaki yang ditemui di tepi sungai berhampiran pengkalan kapal di Jalan Lanang pada pagi 18 April lalu telah dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang oleh majikannya pada 15 April.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut kira-kira 7.00 pagi.
“Hasil siasatan mendapati mayat itu merupakan individu yang dilaporkan hilang pada 15 April oleh majikannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Belia, berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, tegasnya, diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Minggu Morziri di talian 084-344111 atau 014-2913703.
Oleh Akun Giman