
Foto Facebook Jabatan Penerangan Sarawak
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama golongan sasar di Wisma SABATI, hari ini.
Kehadiran Tun Wan Junaidi menyerikan sambutan 20 Syawal yang berlangsung dalam suasana penuh mesra, mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan negeri, warga kementerian serta golongan sasar.
Seramai 500 orang daripada golongan sasar serta beberapa rakan strategik hadir memeriahkan majlis tersebut.
Penganjuran bersama ini melambangkan semangat kebersamaan dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan KPWKM dalam meraikan bulan Syawal.
Ia turut menjadi wadah untuk menghargai komitmen serta dedikasi warga kerja kementerian dalam memacu pembangunan negeri, khususnya bersama golongan sasar.
Tun Wan Junaidi turut meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para tetamu yang hadir.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Mohd Daud Mohd Arif.