Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Percepat pembinaan Jambatan Sungai Limbang, cadang kampus universiti di utara Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Percepat pembinaan Jambatan Sungai Limbang, cadang kampus universiti di utara Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JAMBATAN LIMBANG… Kerja-kerja pembinaan Jambatan Sungai Limbang yang menghubungkan bandar Limbang dengan seberang sungai masih giat dijalankan.

LIMBANG: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh, menggesa agar pembinaan Jambatan Sungai Limbang dipercepatkan demi manfaat penduduk setempat.

Menurutnya, jambatan itu amat diperlukan bagi meningkatkan jaringan perhubungan jalan raya secara menyeluruh, termasuk menghubungkan Limbang dengan negara jiran, Brunei.

“Jika kita lihat, pembangunan infrastruktur dan fizikal di Limbang menunjukkan perubahan yang positif di bawah kepimpinan wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Namun, pembinaan Jambatan Sungai Limbang perlu disegerakan kerana ia merupakan harapan penduduk di bahagian utara Sarawak. Mereka telah lama menantikan kemudahan ini untuk kegunaan harian,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

Abang Zulkifli turut mencadangkan agar Limbang dibangunkan sebagai satu lagi hab pendidikan di Sarawak, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung dan pelajar ke daerah tersebut.

“Untuk meningkatkan populasi dan tarikan ke Limbang, saya mencadangkan penubuhan sebuah kampus universiti di sini. Ia selaras dengan fokus Kerajaan Perpaduan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), yang menjurus kepada latihan berorientasikan pekerjaan dan sangat diperlukan di pasaran kerja masa kini,” jelasnya.

Beliau turut menekankan keperluan agar pembangunan pendidikan tidak hanya tertumpu di bandar besar, tetapi turut diperluas ke kawasan luar bandar seperti Limbang dan Lawas yang mempunyai potensi tersendiri.

“Dalam aspek ekonomi, kita berharap kerajaan negeri dan persekutuan dapat memperbanyakkan peluang ekonomi di Limbang serta mempercepatkan pembinaan Jalan Penghubung Sarawak-Sabah (SSLR),” tambahnya.Dalam pada itu, Abang Zulkifli turut memuji usaha kerajaan negeri dan wakil rakyat GPS yang berjaya membawa perubahan ketara kepada landskap pembangunan di daerah paling utara Sarawak itu.

“Tahniah kepada wakil rakyat di Limbang. Selepas empat tahun tidak pulang ke sini, saya dapat lihat pembangunan yang berlaku sangat ketara dan pesat,” katanya lagi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Lingga siap bulan depan
Next: Pastikan projek dilaksana ikut kualiti, masa ditetapkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.