Majlis ramah tamah wadah perkukuh kerjasama antara pemimpin

Facebook
WhatsApp
HADIR… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar disambut oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa tiba pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran MUDENR dan MINTREDdi sebuah hotel terkemuka Kuching, malam ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir memeriahkan majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka Kuching, malam ini.

KENANGAN… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan klenamaan lain merakam gambar bersama pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran MUDENR dan MINTRED di sebuah hotel terkemuka Kuching, malam ini. Foto HERRIEY NAHA

Majlis berkenaan diadakan bagi memeriahkan sambutan Syawal serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja kementerian, di samping menjadi wadah memperkukuh kerjasama antara pemimpin kerajaan negeri dan penjawat awam.

Sementara itu, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi popular tempatan, Bob Yusof, yang mendendangkan beberapa lagu bagi menyerikan suasana malam tersebut.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Timbalan Menteri MINTRED Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri MUDENR Datuk Len Talif Salleh, barisan Timbalan Menteri Sarawak yang lain, ketua-ketua jabatan serta tetamu kenamaan.