SIMANGGANG: Semua ibu bapa sudah sedia maklum bahawa sesi persekolahan anak-anak untuk Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka sepenuhnya bermula hari ini.
Dengan bermulanya sesi persekolahan pada hari ini maka sudah pastinya perkarangan luar sekolah dipenuhi dengan ibu bapa yang datang untuk menghantar anak-anak pulang ke asrama semalam.
Bagaimanapun hasil tinjauan rambang ke beberapa sekolah di bandar ini bagi meninjau keadaan itu semalam mendapati wujud suasana kurang ceria ketika ibu bapa tiba untuk menghantar anak-anak pulang ke asrama untuk sesi persekolahan semalam.
Sebaik sahaja tiba di sekolah, ibu bapa dilihat bertindak mengenakan pelitup muka pada anak masing-masing sebelum berpeluk dan mengiringi mereka ke pintu pagar untuk tujuan penghantaran ke asrama.
Namun disebabkan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) hanya salah seorang daripada ibu bapa ini sahaja yang dibenarkan mengiringi anak pulang ke asrama dengan seorang lagi hanya mampu menjenguk dari luar pagar sekolah.
Seorang kaum bapa yang dikesan memiliki reaksi kurang selesa berhubung perkara itu memberitahu berita kemunculan kluster pandemik COVID-19 di Kuching baru-baru ini menyebabkan dia berasa bimbang terhadap pembukaan semula sekolah pada hari ini.
Pekerja swasta yang enggan namanya didedahkan di sini berkata dia berasa serba salah untuk menghantar anaknya pulang ke asrama semalam kerana bimbang dijangkiti pandemik itu kelak.
“Kalau tak dihantar nanti (ke sekolah) maka mereka (anak-anak) akan kerugiaan begitu banyak masa untuk menimba ilmu pembelajaran akibat penutupan sekolah pada bulan Mac lepas.
“Kami tiada pilihan lain iaitu menghantar anak kembali ke sekolah demi menimba ilmu dan pada masa sama menyerahkan harapan terhadap guru untuk memastikan mereka mematuhi SOP untuk menjauhi risiko jangkitan pandemik itu kelak,” katanya.
Sementara itu tinjauan lanjut juga mendapati segelintir ibu bapa dilihat bertindak membawa anak-anak kembali pulang ke kampung setelah berasa kurang yakin untuk menghantar mereka pulang ke asrama sekolah.
“Saya diberitahu oleh rakan bahawa Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah mengadakan mesyuarat hari ini (semalam) untuk menentukan sama ada sekolah dalam negeri ini perlu dibuka semula atau tidak susulan munculnya kluster baharu Covid-19. “Saya dan isteri memutuskan mahu menulis surat kepada pihak sekolah untuk memohon penangguhan pembelajaran anak-anak sehingga Kerajaan Sarawak memberi kata putus baharu