Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebih 200 karya seni tempatan akan dipamerkan di “MY Visual Expressions”
  • SEMASA

Lebih 200 karya seni tempatan akan dipamerkan di “MY Visual Expressions”

Utusan Sarawak 2 months ago
DR Ling Pik Kuong (enam, kiri) bersama yang lain pada sidang media pameran seni “MY Visual Expressions” di UTS, hari ini. 

SIBU: Lebih 200 karya seni hasil ciptaan lebih 60 artis tempatan bakal dipamerkan dalam satu pameran seni yang akan berlangsung di ruang legar Dewan Tun Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dari 2 hingga 4 Mei ini.

Pengerusi penganjur, Dr. Ling Pik Kuong, berkata pameran bertemakan “MY Visual Expressions” itu merupakan hasil kerjasama antara Institut Confucius UTS, Persatuan Seni Kontemporari Sibu (SCAA), dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang.

“‘MY’ dalam tema ini bukan sahaja merujuk kepada ‘saya’ sebagai seorang artis, tetapi juga membawa maksud ‘Malaysia’, menjadikannya satu ekspresi visual yang mencerminkan identiti negara,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Setakat ini, seramai 68 artis telah mengesahkan penyertaan, dan jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang tarikh pameran.

Majlis pelancaran rasmi pameran akan diadakan pada 3 Mei, 10.00 pagi, manakala pameran akan dibuka kepada orang ramai dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang tiga hari berlangsungnya acara.

“Pameran ini bukan sahaja menjadi platform kepada para artis untuk berinteraksi dan memperkenalkan karya mereka, malah turut memberi peluang kepada orang ramai menghargai keindahan seni dan budaya tempatan,” ujar Dr. Ling.

Sementara itu, Pengarah Institut Confucius UTS, Dr. Wong Sing Sing, berkata penyertaan pihaknya dalam pameran ini merupakan satu peluang berharga untuk mempromosikan seni dan budaya Malaysia kepada masyarakat antarabangsa, khususnya di China.

“Menerusi platform ini, kami dapat memperkenalkan budaya Malaysia melalui saluran media sosial kami kepada masyarakat luar, termasuk di China,” katanya.

Mengulas kepentingan seni dalam pembangunan masyarakat, beliau berkata pendekatan baharu seperti STEAM — yang menggabungkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik — semakin relevan dalam dunia moden.

“Seni memainkan peranan penting dalam reka bentuk dan estetika produk teknologi. Keseimbangan antara sains dan seni amat penting kerana banyak tamadun besar bermula dengan seni sebelum berkembang kepada sains,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa seni dan sains saling melengkapi serta penting dalam membentuk masyarakat yang holistik dan berbudaya tinggi.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Presiden SCAA Raymond Tiong, Penasihat SCAA Datin Sri Judy Lau, dan Bendahari SCAA Angela Chiew.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerjasama pemimpin politik, kakitangan kerajaan penting demi kesejahteraan rakyat – Dr. Annuar
Next: UNIFOR bantu naik taraf rumah ibadat di Saratok – Mohamad Duri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.