
MIRI: Pokok tecoma juga dikenali sebagai ‘Sakura Malaysia’ mula mengeluarkan bunganya di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini.
Tinjau Utusan Sarawak mendapati pokok yang ditanam di bahu jalan itu memberi suasana pemandangan indah dan mempersonakan seolah-olah menikmati musim bunga di Jepun dan Korea Selatan.
Tinjauan mendapati pokok tersebut berbunga mekar berwarna merah jambu, ungu dan putih menjadikan pemandangan di beberapa lokasi di sini kelihatan indah.
Pokok tecoma atau dikenali juga dengan pelbagai nama seperti pokok kertas tisu, pokok terumpit atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil ‘pink trumpet tree’, ‘pink poui’, ‘pink tecoma’ atau ‘rosy trumpet tree’ manakala nama saintifiknya adalah ‘tabebuia rosea.’
Oleh Liong Chai Ling