Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Grealish tamatkan ‘kemarau’ gol, bantu City ke empat teratas
  • SUKAN

Grealish tamatkan ‘kemarau’ gol, bantu City ke empat teratas

Utusan Sarawak 3 months ago
GOL KEDUA… Penyerang Manchester City, Omar Marmoush menjaringkan gol kedua pasukan semasa aksi Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium Etihad di Manchester, England, awal pagi tadi. Foto AFP

MANCHESTER: Pemain tengah England, Jack Grealish berjaya menamatkan ‘kemarau’ golnya sekali gus membantu Manchester City menewaskan Leicester City 2-0 dan melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Grealish menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh 16 bulan itu hanya selepas dua minit permainan manakala jaringan kedua City diledakkan oleh Omar Marmoush.

Tiga mata penuh itu turut menyaksikan juara musim lalu itu ‘menghidupkan’ kembali harapan untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara UEFA pada musim depan, selepas gagal mempertahankan mahkota Liga Perdana pada musim ini.

City, ketinggalan 22 mata di belakang pendahulu Liverpool, beraksi dengan yakin walaupun kehilangan penyerang prolifik, Erling Haaland yang mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Bournemouth pada suku akhir Piala FA Inggeris, Ahad lalu.

“Ia tidak mudah menghadapi 10 pemain di belakang bola di dalam kotak penalti. Kami gagal menjaringkan gol ketiga untuk membuatkan permainan lebih santai, tetapi gembira untuk persembahan yang baik.

“Kami tidak pernah berputus asa untuk mencari gol ketiga. Persembahan yang sempurna, semua fokus, kami terlepas gol ketiga, itu sahaja,” kata pengurus City, Pep Guardiola kepada BBC.

RAIKAN JARINGAN… Pemain tengah Manchester City, Jack Grealish (tengah) meraikan gol pertama pasukan semasa aksi Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium Etihad di Manchester, England, awal pagi tadi. Foto AFP

Beralih kepada gol Grealish, dia menambah: “Tidak mudah (menjaringkan gol) apabila anda tidak bermain dengan kerap. Gol itu bagus untuknya dan ketika bermain di posisi yang lebih tengah. Dia lebih selesa di bahagian sayap.”

City kini menduduki tangga keempat, satu mata di depan Newcastle United di tempat kelima dan dua mata di hadapan Chelsea di tangga keenam, yang akan menentang Tottenham awal pagi esok. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Gideon berpotensi wakili negara di Sukan SEA
Next: The Reds hampiri mahkota liga ke-20

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.