Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gabung tenaga perkukuh keselamatan maritim
  • NASIONAL

Gabung tenaga perkukuh keselamatan maritim

Utusan Sarawak 3 months ago
BERJAGA–JAGA… Anggota APMM Kelantan memeriksa bot nelayan sewaktu mengadakan Ops Khas Pagar Laut 2025 di perairan Kelantan, kelmarin. -Foto BERNAMA

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan meningkatkan pengoperasian menjelang musim perayaan dengan mengatur gerak sehingga lapan aset di laut bagi menangani jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata, selain itu pihaknya juga turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam memperkukuh lagi kawalan keselamatan.

“Kita ada kerjasama dengan Philippine Coast Guard serta Philippine Navy dalam menjamin keselamatan sempadan laut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, kerjasama itu dibuktikan melalui bantuan menyelamat enam mangsa bot karam dari Filipina yang hanyut ke perairan negara pada Ahad.

“Maritim Malaysia Sandakan menerima maklumat terdapat sebuah kapal yang bergerak dari Turtle Island di Taganak, Filipina menuju ke Tawi-Tawi, Filipina, karam dan sebahagian mangsa hanyut ke perairan Malaysia.

“Kita telah mengatur dua aset Halilintar 4 dan KM Belud menuju ke lokasi yang mengambil masa lebih kurang satu jam berikutan cuaca buruk dan berjaya menemukan enam mangsa iaitu tiga lelaki, dua wanita serta seorang kanak-kanak yang hanyut. Mereka berjaya diselamatkan dan di bawa ke Sandakan,” katanya lagi.

Kesemua mangsa berumur antara 11 hingga 45 tahun itu diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina di sempadan perairan Malaysia-Filipina pada 10.30 pagi.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Rayuan Syed Saddiq: Tiada unsur pecah amanah?
Next: Dasar pendidikan wajib sekolah menengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.