Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pastikan aspek pelancongan Sarawak terbaik
  • TEMPATAN

Pastikan aspek pelancongan Sarawak terbaik

Utusan Sarawak 2 months ago
PROMOSI PELANCONGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan yang lain menghadiri Sesi Libat Urus Industri Pelancongan Sarawak,
hari ini. -Foto BERNAMA

KUCHING: Semua pemain industri pelancongan di Sarawak digesa memastikan produk, perkhidmatan dan kemudahan disediakan mereka berada pada tahap kualiti terbaik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu penting kerana Malaysia akan menjadi tumpuan dunia sepanjang kempen pelancongan itu berlangsung.

Sekiranya terdapat kemudahan rosak, ia perlu dibaiki segera kerana perkara itu melibatkan imej Sarawak dan negara.

“Jangan sampai ada pelancong mengadu menerusi media sosial mengenai tandas tidak bersih atau jeti di taman negara rosak, baru kita hendak bertindak,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Industri Pelancongan Sarawak, hari ini. 

Beliau juga mengingatkan bahawa pemandu pelancong juga perlu memainkan peranan kerana mereka berada di lapangan.

“Kadang-kadang mereka tahu ada masalah tetapi tidak mahu memaklumkan kepada pihak berwajib,” katanya.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kuih bongkol popular, jadi buruan semasa ‘sungke’
Next: Yakin pelantikan Rahman Junaidi langkah tepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.