Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hujan berterusan di Sarawak hingga Khamis ini
  • SEMASA

Hujan berterusan di Sarawak hingga Khamis ini

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Khamis ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan MetMalaysia bagi Pahang, Johor dan Sabah mulai Khamis ini hingga Jumaat.

Di Pahang, ia melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah 22 hingga 23 Mac ini di dua lokasi berbeza
Next: 46 individu berjaya dapatkan kad konsesi, pas 30 hari BAS.MY Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.