Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 3 maut, 12 cedera letupan di Latakia, Syria
  • GLOBAL

3 maut, 12 cedera letupan di Latakia, Syria

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR edaran yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Arab Syria (SANA) ini menunjukkan anggota pertahanan awam Syria dan responden pertama memeriksa tapak letupan di bandar pantai barat Syria, Latakia pada 15 Mac 2025. Foto AFP

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 12 lagi cedera apabila letupan kuat menggegarkan kejiranan al-Raml al-Janoubi di bandar pesisir pantai Latakia, Syria, pada Sabtu, lapor Xinhua memetik agensi berita SANA.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan angka korban dan melaporkan kerosakan besar pada bangunan kediaman berhampiran, sambil menambah bahawa punca letupan masih belum dikenal pasti dan sedang dalam siasatan.

Pasukan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari kemungkinan lebih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

ANGGOTA pertahanan awam Syria dan responden pertama menyelamatkan mangsa dari lokasi letupan di bandar Latakia di pantai barat Syria pada 15 Mac 2025. Foto AFP

Sementara itu, sumber di Latakia memberitahu Xinhua bahawa sebuah bangunan di al-Raml al-Janoubi telah runtuh susulan letupan itu.

Wilayah pesisir Syria, termasuk Latakia, telah dilanda keganasan meluas sejak 6 Mac, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,500 orang.

Menurut Kementerian Pertahanan Syria dan Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keganasan itu tercetus susulan serangan berskala besar oleh kumpulan bersenjata yang setia kepada bekas Presiden Bashar al-Assad terhadap pasukan keselamatan di Wilayah Latakia, sebelum merebak menjadi pertempuran sektarian yang menyasarkan bandar serta kampung majoriti Alawit. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dituduh bunuh pesakit demi mudahkan kerja
Next: 59 korban kebakaran kelab di Macedonia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.