Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Pengorekan, Mendalamkan Saluran Akses Delta Kuala Baram dijangka siap awal
  • Utara
  • WILAYAH

Projek Pengorekan, Mendalamkan Saluran Akses Delta Kuala Baram dijangka siap awal

Utusan Sarawak 2 months ago
PANTAU… Dato Sri Lee Kim Shin semasa melakukan lawatan ke tapak Projek Pengorekan dan Mendalamkan Saluran Akses Delta Kuala Baram Miri, hari ini. Foto UKAS

MIRI: Projek Pengorekan dan Mendalamkan Saluran Akses Delta Kuala Baram Miri berada pada tahap 5 peratus dan dijangka siap lebih awal daripada jadual asal, iaitu menjelang penghujung 2026 berbanding tarikh siap asal pada Mac 2027.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata projek bernilai RM208.9 juta itu melibatkan kerja-kerja pengorekan serta pembinaan dua benteng sepanjang enam kilometer dengan kedalaman melebihi 25 meter.

Ia bertujuan menjadikan Kuala Baram sebagai lokasi strategik bagi pembangunan pelabuhan laut dalam pada masa hadapan, tambahnya.

“Projek ini berjalan dengan lancar dan kini berada pada tahap 5 peratus. Kontraktor usaha sama (JV) Rimbun Prima Sdn Bhd (RPSB) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCC) kini giat melaksanakan kerja-kerja pengorekan dan pembinaan benteng bagi memastikan pengaliran air lebih deras dan berkesan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pengorekan dan Mendalamkan Saluran Akses Delta Kuala Baram Miri, hari ini.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan meningkatkan keselamatan navigasi di kawasan tersebut terutama di kawasan Rumah Api Tanjong Lobang dan Kuala Baram.

Jelasnya, ia memerlukan pembaikan segera agar terus berfungsi dengan baik serta mematuhi piawaian navigasi antarabangsa di mana perbincangan akan diadakan dengan pihak Pelabuhan Miri untuk meningkatkan sistem navigasi di sepanjang saluran akses Delta Kuala Baram.

BERJALAN LANCAR… Dato Sri Lee Kim Shin merakam gambar bersama yang lain semasa melawat tapak Projek Pengorekan dan Mendalamkan Saluran Akses Delta Kuala Baram Miri, hari ini. Foto UKAS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu juga menjelaskan bahawa perairan luar pesisir Miri merupakan antara laluan kapal paling sibuk di Sarawak termasuk bagi operasi minyak dan gas.

Oleh itu tegasnya, peningkatan sistem navigasi adalah penting untuk menjamin keselamatan laluan kapal yang memasuki Pelabuhan Miri serta yang beroperasi di perairan luar pesisir.

“Dengan perancangan menaik taraf Pelabuhan Miri menjadi pelabuhan laut dalam, ini adalah masa yang sesuai untuk menilai keperluan peningkatan sistem navigasi, begitu juga menyelitkan kepentingan mematuhi piawaian Persatuan Antarabangsa Bantuan Navigasi Maritim dan Rumah Api (IALA) serta memastikan Bantuan Navigasi (ATONs) memenuhi keperluan keselamatan global dari semasa ke semasa.” tambahnya. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eratkan silaturahim melalui aktiviti secara bergotong-royong
Next: UKAS penghubung antara kerajaan, rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.