Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terus sokong pelaksanaan program ibadah
  • Tengah
  • WILAYAH

Terus sokong pelaksanaan program ibadah

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTULU: Sebanyak 49 masjid dan surau di kawasan Parlimen Bintulu menerima sumbangan kurma dan wang tunai daripada Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Sri Tiong King Sing sempena Ramadan.

Sumbangan untuk 22 masjid dan 27 surau itu bertujuan terus menyokong pelaksanaan pelbagai program ibadah seperti majlis berbuka puasa, solat tarawih serta inisiatif kebajikan masyarakat.

Menurut Tiong, sumbangan tersebut juga menandakan komitmen berterusannya dalam membantu institusi keagamaan serta memperkukuh keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di Bintulu.

“Saya berharap sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya bagi mengimarahkan Ramadan dan mengeratkan silaturahim antara komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, wakil-wakil penerima turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Ahli Parlimen Bintulu itu dalam menyokong komuniti Islam, khususnya dalam memastikan kelancaran aktiviti sepanjang bulan suci ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bersihkan segera sampah, peralatan rosak akibatkan saliran tersumbat
Next: Masjid, surau di Lawas terima sumbangan RM368,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.