Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bersihkan segera sampah, peralatan rosak akibatkan saliran tersumbat
  • Tengah
  • WILAYAH

Bersihkan segera sampah, peralatan rosak akibatkan saliran tersumbat

Utusan Sarawak 2 months ago
TURUN PADANG… Johnny Pang Leong Ming semasa meninjau saliran yang tersumbat akibat sampah di kawasan Perindustrian Batu 5, baru-baru ini. Foto ADUN Tanjong Batu

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming menggesa pihak industri di kawasan Perindustrian Batu 5 untuk segera membersihkan sampah serta peralatan rosak yang mengakibatkan saliran tersumbat dan banjir, baru-baru ini.

Hasil tinjauan bersama pegawai Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), beliau mendapati longgokan sampah industri di tepi jalan itu menjadi punca utama sistem perparitan gagal berfungsi dengan baik.

“Saya menyeru pihak industri untuk bertanggungjawab dan membersihkan kawasan ini terlebih dahulu. Sampah serta barangan tidak berguna perlu dibuang dengan segera. 

“Hanya selepas itu, kita boleh menilai keperluan menaik taraf sistem saliran jika benar-benar diperlukan,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Selain itu, Johnny Pang turut meneliti masalah saliran di Desa Damai yang berpunca daripada projek pembinaan bersebelahan hingga menyebabkan banjir di kawasan kediaman penduduk.

Menurut beliau, pihak BDA telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat kepada pemaju perumahan untuk menukar arah saliran air bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Saya akan terus memantau perkembangan ini bagi memastikan masalah ini diselesaikan segera. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk mengelakkan isu saliran ini berlarutan,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Landas Miri agih 400 bubur lambuk
Next: Terus sokong pelaksanaan program ibadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.