Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sarawak utamakan kebajikan rakyat, bukan kepentingan politik – Jong
  • SEMASA

Kerajaan Sarawak utamakan kebajikan rakyat, bukan kepentingan politik – Jong

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Keputusan membeli pesawat ATR 72-600 dilihat sebagai pelaburan jangka panjang, bukan keputusan pendek akal.

Timbalan Setiausaha Publisiti dan Penerangan Cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kuching, Jong Zhen Xiang, berkata demikian sebagai respons kritikan, dan menolak dakwaan Setiausaha DAPSY Sarawak, George Lam Li Kang yang mengelirukan mengenai keputusan kerajaan Sarawak membeli pesawat ATR 72-600 untuk AirBorneo.

“Pembelian pesawat tersebut merupakan pelaburan jangka panjang yang lebih menjimatkan berbanding pajakan.

“Walaupun kos pajakan mungkin lebih rendah pada peringkat awal, jumlah keseluruhan dalam tempoh panjang jauh lebih tinggi.

“Selain itu, pemilikan pesawat sendiri dapat meningkatkan kestabilan operasi tanpa bergantung kepada syarikat pajakan,” tegasnya.

Jong turut menyangkal dakwaan bahawa keputusan pembelian dibuat secara terburu-buru, dengan menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak telah menjalankan kajian menyeluruh serta perancangan kewangan yang teliti sebelum menubuhkan AirBorneo.

Kedudukan kewangan negeri yang kukuh serta strategi pembiayaan yang terancang turut menjadi faktor utama dalam keputusan tersebut.

Menurut Jong, penubuhan AirBorneo bertujuan mengatasi masalah harga tiket penerbangan yang tinggi dan jadual penerbangan yang tidak menentu, yang memberi kesan kepada ekonomi serta sektor pelancongan Sarawak. Justeru, dakwaan bahawa ia satu pembaziran disifatkan sebagai tidak berasas.

Dalam pada itu, Jong mencabar pembangkang agar mengemukakan penyelesaian konkrit berbanding hanya melontarkan kritikan.

Jong turut mempersoalkan sama ada DAPSY mempunyai data yang membuktikan pajakan lebih menjimatkan atau cadangan alternatif lebih baik bagi meningkatkan hubungan udara di Sarawak.

Tambahnya, kerajaan Sarawak sentiasa mengamalkan ketelusan dan akan mengumumkan maklumat berkaitan sumber dana serta pelan pembangunan AirBorneo pada masa yang sesuai.

“Penubuhan AirBorneo adalah demi kepentingan rakyat Sarawak, bukan agenda politik.

“Kami mengalu-alukan perbincangan yang rasional tetapi akan menolak kenyataan yang tidak berasas dan mengelirukan,” katanya.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tourism Malaysia tawar 36 pakej pelancongan wellness hingga penghujung 2026
Next: 63 kapal asing disenarai dalam IUU hingga November 2024 – DOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.