Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
  • GLOBAL

Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah

Utusan Sarawak 2 months ago
PENDUDUK di luar bandar Yangon berbaris untuk menerima beg beras yang diagihkan WFP. FotoAFP

GENEVA: Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis makanan di Myanmar berada pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Geneva semalam, pakar termasuk Pelapor Khas PBB mengenai Hak terhadap Makanan Michael Fakhri dan Pelapor Khas PBB mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Myanmar Thomas Andrews menegaskan bahawa lebih 19.9 juta penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan segera. 

Mereka turut menekankan bahawa konflik yang berlarutan sejak Februari 2021 dijangka menyebabkan sekitar 15.2 juta orang atau hampir satu pertiga daripada populasi Myanmar  menghadapi ketakjaminan makanan akut menjelang 2025, lapor agensi berita Emiriah (WAM). 

Laporan itu juga memberi amaran bahawa harga makanan asas dijangka meningkat sebanyak 30 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat yang menggantung bantuan asing berpotensi memberi kesan buruk kepada Myanmar serta negara jiran yang menampung pelarian dari negara itu. 

Keadaan di Rakhine digambarkan sebagai “kritikal,” dengan Program Pembangunan PBB (UNDP) melaporkan bahawa wilayah itu hampir mengalami kebuluran, menjadikan dua juta penduduk berisiko kelaparan. 

Pakar PBB juga menegaskan bahawa lonjakan inflasi makanan dan penurunan pendapatan isi rumah mengakibatkan kualiti makanan berkurangan, dengan lebih 40 peratus kanak-kanak berusia antara enam hingga 23 bulan tidak mendapat makanan yang mencukupi bagi tumbesaran dan kelangsungan hidup. 

Selain itu, gangguan internet yang kerap di sebahagian besar wilayahnya menghalang pengumpulan data dan menjejaskan laporan tepat mengenai tahap ketakjaminan makanan, kekurangan zat serta malnutrisi di negara itu. – Bernama – WAM

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Duterte berdepan pertuduhan jenayah kemanusiaan
Next: Fenomena ‘Blood Moon’ dapat dilihat di beberapa lokasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.