Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid baharu untuk Kampung Melayu Tanjung Bijat
  • Selatan
  • WILAYAH

Masjid baharu untuk Kampung Melayu Tanjung Bijat

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Mong Dagang merasmikan kabin SRS KRT Kampung Darat Tengah Bakong. Foto ADUN Bukit Begunan

LINGGA: Kampung Melayu Tanjung Bijat akan memiliki sebuah masjid baharu yang kini pembinaannya sedang rancak dijalankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, berkata telah memohon pembinaan dua masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan ketika bertemu dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, baru-baru ini.

“Dua masjid yang telah dicadang untuk dibina baharu iaitu di Kampung Melayu Tanjung Bijat dan Kampung Melayu Bakong.

“Untungnya pembinaan masjid di Kampung Melayu Tanjung Bijat telah diluluskan dan sedang rancak dalam proses pembinaan.

“Namun demikian, saya akan tetap memohon pembinaan baharu masjid di Kampung Melayu Bakong,” katanya berucap merasmikan Majlis Iftar Ramadan Bersama Pemimpin bertempat di Kampung Melayu Bakong, petang semalam.

Mong berkata bagi kerja-kerja menaik taraf gelanggang futsal Kampung Melayu Bakong, beliau akan membuat perbincangan terdahulu dengan pihak jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Kampung Melayu Bakong.

Dalam majlis tersebut, beliau meluluskan pembinaan tiga buah pintu gerbang dengan kos berjumlah RM5,000 setiap satu unit iaitu untuk Kampung Hulu Bakong, Kampung Hilir Bakong serta Kampung Darat Tengah, Bakong. 

Mong turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 untuk JKKK dan juga RM15,000 untuk Masjid Kampung Melayu Bakong.

Seramai 30 orang golongan asnaf telah diberi sumbangan dalam bentuk bakul makanan. KRT Kampung Darat Tengah telah menaja bakul makanan tersebut.

Di kesempatan itu juga, Mong turut merasmikan kabin Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Darat Tengah Bakong. 

Kabin tersebut telah diperuntukan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sri Aman. KRT ini telah dipilih ekoran pasukan yang sangat progresif dan aktif, bukan sahaja dari segi rondaan, bahkan menjana pendapatan ekonomi dengan cara penanaman sayur yang sedang giat dijalankan.

Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Pengerusi KRT Kampung Darat Tengah, Bakong Rahman Meludin, wakil Residen Bahagian Sri Aman Mohd Fatullah Jemainie, Penghulu Komiti Mandoh Penghulu Jiram Sampek, Penghulu Riji Gu, dan penduduk sekitar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf jalan pertanian di Sungai Tali Paun dilaksana tidak lama lagi
Next: Penubuhan persatuan langkah bijak untuk kekal berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.