Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Skim penanaman padi Sungai Bapak manfaatkan pemilik tanah
  • Tengah
  • WILAYAH

Skim penanaman padi Sungai Bapak manfaatkan pemilik tanah

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR FAIL… (Dari kiri) Datuk Len Talif Salleh, Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Dato K.H Wong, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Ting Lina @ Ding Lina melihat hasil tuaian padi di Sungai Bapak, pada 22 Mei 2024.

SARIKEI: Salah seorang peserta skim penanaman padi Sungai Bapak, Abang Wahab Abang Baha yang juga merupakan antara 17 pemilik tanah yang terlibat, telah menerima pembayaran awal sebahagian sewa tanah.

Skim penanaman padi ini, yang bertujuan menjadikan Delta Rajang sebagai salah satu pengeluar beras utama di Sarawak, adalah hasil kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) dan Kumpulan Ta Ann melalui Padihead Sdn Bhd serta pemilik tanah tempatan. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata skim tersebut bukan sahaja ‘menghidupkan’ kembali tanah terbiar hampir 50 tahun, tetapi juga memberikan pendapatan kepada pemilik tanah.

“Fasa pertama projek membabitkan sebanyak 82.1 ekar tanah dengan 15.7 ekar sudah ditanam padi pada Januari 2024.

“Kerajaan Sarawak juga meningkatkan subsidi harga padi dan menyediakan RM50 juta untuk Skim Takaful Tanaman Padi bagi melindungi para pesawah.

“Skim tanaman padi kerjasama LAKIKR, Padihead Sdn Bhd dan pemilik tanah Sungai Bapak, Kampung Rajang membabitkan 17 peserta dengan 25 lot tanah berkeluasan 135 ekar,” katanya dalam satu hantaran laman rasmi Facebooknya. 

Menurut beliau, Padihead Sdn Bhd dari Kumpulan Ta Ann telah menjalankan uji kaji penanaman padi di Sungai Bapak, Kampung Rajang sejak Oktober 2023 dengan menyewa tanah milik penduduk kampung. 

“Skim ini memberikan pendapatan kepada pemilik tanah yang terbiar hampir 50 tahun dan menyokong usaha kerajaan Sarawak untuk mencapai keterjaminan makanan. 

“Hingga kini, tiga pusingan tanaman telah diusahakan, dengan peserta menerima bayaran sewa tanah hampir RM90,000. 

“LAKIKR berperanan sebagai perantara antara warga kampung dan Padihead serta selaku penyelaras program,” katanya.

TERIMA KASIH… Datuk Len Talif Salleh menyerahkan pembayaran awal sebahagian sewa tanah kepada Abang Wahab Abang Baha, baru-baru ini. Foto FB Datuk Len Talif Salleh

Tambahnya, terdahulu pada 7 Mac, beliau telah menyampaikan bayaran awal sebahagian dari sewa tanah kepada peserta-peserta skim yang berjumlah RM28,800.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JIM Lawas digesa bersiap sedia menjelang Aidilfitri
Next: Eratkan hubungan jabatan, masyarakat menerusi program bubur lambuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.