Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • HAWANA 2025 diadakan Jun Ini – Fahmi  
  • SEMASA

HAWANA 2025 diadakan Jun Ini – Fahmi  

Utusan Sarawak 2 months ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil beramah dalam sebuah sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri, malam tadi. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata tarikh sebenar penganjuran program bagi meraikan pengamal media itu akan diumumkan kelak. 

“Ada beberapa perkara lagi sedang Kementerian Komunikasi teliti (berkenaan penganjuran HAWANA), insya-Allah, sempena sambutan itu nanti, kita akan ada beberapa pengumuman besar yang dapat membantu rakan-rakan media kita,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Fahmi ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri, di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Pada 23 Januari, Fahmi dilaporkan berkata HAWANA tahun ini akan menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media dari seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media.

Beliau berkata HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banyak perkara dalam MA63 masih tergantung – Sharifah Hasidah 
Next: MOTS: Inisiatif sampul hijau sampaikan mesej keselamatan sempena Aidilfitri   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.